Assalamualaikum W.B.T..dan Salam Sayang...
Terima Kasih kesudiaan sahabat2 ke SweetBajuKurung ..saya doakan anda sentiasa dalam rahmat Allah...
Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:
Maksudnya : "Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)"- Untuk kesempurnaan dan kemanisan iman
Sabda  baginda, "Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan dapat merasa  kemanisan iman iaitu cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada  segala-galanya. Kedua mencintai seseorang kerana Allah dan takut kembali  kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya sebagaimana dia benci  untuk dilemparkan dalam api neraka yang panas." (Riwayat Bukhari dan  Muslim)
- Manifestasi cinta kepada Allah
Sabda baginda, 
"Sesiapa  yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang  menderhakaiku, maka dia telah menderhakai Allah. Begitu juga sesiapa  yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku dan sesiapa yang  menderhakai petugasku, maka dia telah menderhakaiku." (Riwayat Bukhari  daripada Abu Hurairah r.a.)
- Melahirkan syukur dan terima kasih
Firman Allah SWT, 
"Sesungguhnya  telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri  (Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadaNya sebarang  kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan)  kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan belas dan kasih sayangnya  kepada orang-orang beriman." (at-Taubah: 128)
Telah  dijanjikan keistimewaan kepada umatnya yang tidak pernah melihatnya  tetapi merindui dan beriman sungguh-sungguh dengannya. Itulah kita umat  akhir zaman. Telah ditinggalkan kepada kita petunjuk untuk selamat di  dunia ini dan selamat dalam perjalanan menuju akhirat. Bersyukurlah  kerana kita terpilih untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW.
- Untuk mengharapkan syafaat Nabi
Pada  hari kiamat, ketika semua manusia dihimpunkan dalam hiruk-pikuk di  Padang Mahsyar, setiap orang mengharapkan syafaat atau pertolongan. Dan  umat Nabi Muhammad SAW - umat yang mencintai baginda dan memperjuangkan  sunnah baginda mendapat keutamaan untuk mendapat syafaat baginda.
- Untuk bersama dengan Nabi di syurga nanti
Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
Assalamualaikum W.B.T..
Salam sayang dari saya..di hari jumaat pernuh keberkatan...
terima Kasih kerana sudi dan tidak jemu2 ke blog saya nie..(betol ke tak jemu) hahaha...
Salam sayang dari saya..di hari jumaat pernuh keberkatan...
terima Kasih kerana sudi dan tidak jemu2 ke blog saya nie..(betol ke tak jemu) hahaha...
pabila kita benar-benar mencintai Nabi, kita akan mengikut sunnah atau perjalanan hidup baginda, malah akan memperjuangkannya. Seluruh hidup kita diusahakan agar selari dengan perjalanan hidup baginda. Itulah jalan untuk bersama baginda di syurga kelak.
- Untuk mengelakkan kemurkaan Allah
Firman Allah SWT, 
"Katakanlah!  Sekiranya ayah-ayah, anak-anak, adik-beradik, para isteri, kaum  keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu  khuatirkan kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih  kamu cintai daripada Allah SWT, RasulNya dan jihad pada jalanNya, maka  tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak  memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (at-Taubah: 24)
Ada 8 cara untuk mencintai Nabi.
1. Mengenal Nabi
Mengenal Nabi adalah dengan  banyak membaca sirah perjalanan hidupnya yang tersurat dan tersirat.  Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang  cukup luar biasa untuk dicontohi
2. Berselawat ke atas Nabi
Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya
Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi
3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya
Kita ikut cara hidup Nabi dalam  bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dala  masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada Ummah  sekeliannya
4. Membuat amalan disukai Nabi
Antara perkara yang Nabi suka ialah:-
1. menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim
2. memberi makan orang yang susah
3. membantu orang kesempitan
4. menyampaikan hajat muslimin
5. menasihati orang yang lupa
5. Menghindari perkara yang Nabi benci
Antara perkara yang Nabi benci ialah:-
1. syirik
2. Menentang sunnahnya
3. berbohong di atas namanya
6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain.
Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.
7. Mendampingi penggantinya
1. mendampingi alim ulama
2. mendampingi para Daie (para pendakwah)
8. Berdoa
Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzekikan mencintai Allah dan Rasulnya..
Salam Maulidur Rasul... bersatu hati mencintai Rasullullah SAW
Salam Maulidur Rasul... bersatu hati mencintai Rasullullah SAW

 11:27 PM
11:27 PM
 Aziela
Aziela
 Posted in
 Posted in  


 
 

 
 
 
 



No Response to "Kenapa Perlu Mencintai Kekasih Allah?"
Post a Comment