Photobucket
Showing posts with label Album Inggeris Dato' Siti Nurhaliza Bakal Terbit?. Show all posts
Showing posts with label Album Inggeris Dato' Siti Nurhaliza Bakal Terbit?. Show all posts

Album Inggeris Dato' Siti Nurhaliza Bakal Terbit?

Hah..tu dia...alhamdulillah ...bagi peminat-peminat Dato' Siti Nurhaliza ada berita gumbira...!!horey....
Tahniah...kepada Dato' Siti Nurhaliza yang bakal merakamkan album Inggeris pertama untuk dirinya selama mana dia bergelar artis.
akhirnya hajat hati penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza bakal terlaksana. Sudah pun merakamkan enam buah lagu, kata Siti, dia amat teruja menantikan produk Inggeris pertamanya yang bakal berada di pasaran tempatan pada pertengahan tahun ini.

Ulasan Dari Dato' Siti:-

"Sebenarnya plan untuk merakamkan album inggeris ini sudah lama, tapi ia tertangguh. Tapi kini selepas ulang tahun saya yang lalu, saya membuat keputusan untuk merakamkan album ini secara serius.

"Setakat ini saya sudah merakamkan enam buah lagu, dan mungkin empat lagi akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

"Saya mendapat kerjasama daripada komposer Australia, Brian Bruno dan Christian Alexander. Sebenarnya album ini lebih kepada projek khas saya antara SNP dan Wassup Entertainment (milik adib, anak Datuk Khalid).

"Untuk permulaan, album ini akan di pasarkan di Malaysia terlebih dahulu, dan saya berharap ia juga boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa.

"Tak dinafikan, memang agak sukar untuk merakamkan album ini, lebih-lebih lagi mereka mahu kita menyanyi dalam 'slang' mereka, tapi Alhamdulillah, setakat enam buah lagu yang dirakamkan, saya berjaya melaksanakannya,"jelas Siti.

Ok..ape-ape pun kita doakan kejayaan Dato' Siti yeah...!!!


credit to Redmummy.com utk Pic nie...

Haa..tak puas tengok Gambar Dato' siti? Nak tengok banyak lagi gambar Cantik Beliau? ====>>>KLIK DI SINI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities