Assalamualaikum...W.B.T...
Salam Sayang dan Alhamdulillah Syukur , kita masih di panjangkan Usia dan di pertemukan lagi dengan Hari Jumaat Yang penuh Kemuliaan...
Posting kali ni sy share 10 Waktu Mustajab untuk Berdoa dari : Ustaz Zahazan
Mengapa kita berdoa?
Berdoa akan mewujudkan rasa penghambaan(ubudiyyah) kita kepada Allah. Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya memohon kepada Pencipta kita, Yang Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.
orang yang enggan berdoa bukan sahaja dia telah menutup bagi dirinya berbagai-bagai pintu kebaikan, malah dia juga akan mendapat kemurkaan daripada Allah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :
“Sesungguhnya orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Dia (Allah) marah kepadanya.”
Kelebihan atau fadhilat doa itu amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambanya, tiada ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa.
10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa
1. Ketika hujan.
2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)
4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6. Ketika sujud dalam solat.
7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9. Sepanjang hari Jumaat.
Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.
Sumber : Ustaz Zahazan
Sekian, semoga ada manfaatnya.
No Response to "Hari Jumaat hari Mustajab Untuk Berdoa"
Post a Comment