Photobucket

IKON Wanita HEBAT-Profil Dr Niki Shuhada Shukor

Pada post yang lepas saya ada bagitau nak menceritakan siapa DR Niki Shuhada Shukor okey...hari ni saya akan coretkan serba sedikit tentang DR Hajah Niki shuhada...

Boleh dengarkan Bicara Bijak Wang bersama DR Niki Shuhada


Dr Niki on TV1 Selamat Pagi Malaysia


Dr Niki Shuhada Shukor merupakan seorang Pakar Ekonomi dan Kewangan yang berpengalaman di dalam bidang perbankan selama lebih 13 tahun. Dr Niki telah banyak mengendalikan seminar dan menjadi mentor, juruperunding dan membimbing kepada lebih daripada 7,000 orang peserta.

Mereka terdiri dari latarbelakang dan pendidikan yang pelbagai – pelajar seusia 5 tahun sehingga pesara-pesara, suri rumah, lepasan graduan-graduan dan eksekutif-eksekutif korporat. Dr Niki telah berjaya membantu mereka mengubah sikap (attitude), minda dan kuasa tindakan (Do It Now) untuk mencapai kejayaan dari kosong menjadi JUARA!

Beliau telah menubuhkan LSR – Life Success Resources atas minatnya yang begitu besar dan mendalam di dalam pembangunan Modal Insan untuk mengendalikan lebih banyak seminar-seminar dan latihan-latihan berkaitan dengan kewangan dan leadership untuk membimbing lebih ramai peserta-peserta terutamanya dari kalangan remaja dan kanak-kanak. Dr Niki merupakan founder kepada Seminar Rahsia Pelajar Juara, RPJ dan Seminar Financial Makeover. Beliau telah berjaya, dalam masa yang singkat semasa cuti Sekolah November dan Disember 2010 dengan Seminar RPJ bersama adik Adi Putra dihadiri oleh lebih 4,500 pelajar yang meliputi 6 buah Negeri – Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Melaka dan Negeri Selangor.

Semenjak menceburi bidang kewangan pada tahun 1988, beliau telah memenangi lebih dari 99 anugerah dalam bidang Sales dan Leadership daripada syarikat perbankan utama Negara. Selain daripada itu, Dr Niki merupakan pengamal bertauliah dalam NLP (Neuro Linguistic Programming) dari Via International, Australia, certified master trainer dari Dr Lawrence Walter Seminars, Malaysia dan certified Life Coach oleh Bob Proctor Life Success Consultants, USA.

Dr Niki juga adalah penulis buku “Ambition, Aspiration & Achievement” di mana beliau berkongsi pengalaman mengenai rahsia-rahsia memperoleh kejayaan yang berterusan dan juga mengenai tips bagaimana membentuk team & talent bertaraf Juara.

Dengan pengalaman dan kejayaan-kejayaan Dr Niki ini, ianya telah banyak disiarkan dalam pelbagai majalah dan stesen TV untuk menjadi contoh wanita yang berjaya yang menjadi ikon dan sumber inspirasi seperti Jelita, Wanita,Mingguan Wanita, Keluarga, Pa&Ma, Berita Harian, Utusan Malaysia, TV3, TV2, TV1, TV9 & Astro.

Yang terbaru, Dr Niki mengendalikan rancangan Kewangan, Bijak Wang di Bernama Radio24, satu rancangan di mana Dr Niki berkongsi pengalaman dan memberikan khidmat nasihat dengan pendengar-pendengar bagaimana untuk mengendalikan kewangan dan pelaburan dengan bijak dan menguntungkan.

Dr Niki bersama Rosyam Nor di MHI


>sumber:http://drnikiblog.com

1 Response to "IKON Wanita HEBAT-Profil Dr Niki Shuhada Shukor"

Nurain How said...

Biar nombor 1 ...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities