Memang di akui agak sukar utk kekalkan tumpuan si manja , terutama utk sesi pembelajaran seharian...si Manja akan cepat bosan sekiranya melakukan aktiviti pembelajaran yang panjang dan sama setiap hari....
Sudah Pasti ia menjadi tugas berat bagi ibu bapa dan guru untuk mengekalkan tumpuan si manja. lebih-lebih lagi si manja lebih mudah mengalihkan perhatian.
Beberapa panduan bagaimana kita boleh mengekalkan tumpuan si Manja ketika melakukan aktiviti pembelajaran.
RANCANGLAH AKTIVITI PEMBELAJARAN YG CEPAT & SINGKAT
Berdasarkan maklumat kajian psikologi kognitif adalah :-
>>Secara semulajadi kanak2 yg berusia di bawah 7 thn , seharusnya melakukan aktiviti pembelajaran dalam lingkungan 20 minit sahaja.
>>Sementara kanak2 8-9 thn dalam lingkungan 30-40 minit.
Adalah tidak munasabah utk mengharapkan kanak2 berusia 5-6 thn memberi perhatian penuh terhadap satu aktiviti dalam satu jangka waktu yg panjang.
apalagi org dewasa pun mudah bosan dan letih sekiranya terlalu lama memberi tumpuan terhadap sesuatu.jadi sebagai penyelesaian aktiviti pembelajaran seharusnya singkat & fokus.
kita perlu faham minda kanak2 di cipta utk mencari pelbagai maklumat dan pengalaman baru. Tindakan memisahkan waktu pembelajaran kpd sesi yg singkat amat membantu.
Samada belajar membaca perkataan baru atau menyelesaikan masalah matematik atau belajar mengeja, ibu-bapa perlu memberi fokus terhadap setiap satu aktiviti ini.kita perlu meletakkan matlamat yg realistik, jgn terlalu mengharap si manja akn belajar banyak dlm satu sesi.
SELANG-SELIKAN SESUATU TUGAS.
Suatu tindakan yang bijak ialah menyelang-nyelikan aktiviti membaca,menulis dan mengira dgn aktiviti yg lebih kreatif spt melukis,menyanyi atau aktiviti seni dan kraf atau sesuatu aktiviti yg memberi keseronokan kpd si manja jd dgn cara ini dapat mengelakkannya mudah bosan.
Contoh: -
Jika si manja baru shj selesai mengeja senarai perkataan baru selama 20-30 minit. adalah bagus beralih kpd aktiviti melukis selama 15-20 minit.
satu lagi prinsip asas menyelang-nyelikan aktiviti yg menjurus kpd tumpuan minda kpd aktiviti fizikal yg memerlukan pergerakan dan koordinasi motor.
Contoh:-
selepas sesi membaca atau mengira selama 20 minit, beralihlah pula kpd permainan berbentuk fizikal spt berlari2 seketika, lebih2 lagi mereka telah duduk lama sebelum itu.
kanak2 secara semulajadi akan gelisah dan resah jika di biarkan pegun agak lama di sesuatu tempat. Jadi susunlah masa pembelajaran dgn permintaan kognitif mereka. kita harus memisahkan masa pembelajaran mereka kpd pelbagai aktiviti singkat supaya si manja sentiasa segar dan bersemangat serta fokus terhadap pembelajaran.
KESESUAIAN MASA
Pilihlah masa yang sesuai di mana si manja begitu cergas dan bersedia untuk menyerap ilmu. Kebanyakan si manja amat cergas dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, dan selepas 5.00 petang dan malam. Untuk pengetahuan ibu bapa, setiap kanak-kanak berlainan keunikan ritmanya, jadi mereka perlu tahu bilakah anak mereka paling cergas dan aktif.
Mengekalkan Tumpuan Si Manja Ketika Sesi Pembelajaran
8:27 AM
Aziela
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Mengekalkan Tumpuan Si Manja Ketika Sesi Pembelajaran"
Post a Comment