Photobucket

7 Rahsia Pemakanan Cergaskan Anak




1) TELUR MEWAH KHASIAT
Umumnye Telur putih kaya dengan protein dan mineral. banyak zat makanan yg di perlukan kanak2 ada dlm telur.Telur Kuning mengandungi pelbagai jenis vitamin terutama A,D dan E.
kanak2 boleh mengambilnye setiap hari.walaupun begitu haruslah sentiasa di masak dgn sempurna,telur yg kurang masak boleh membahayakan kesihatan anak anda.

2) ELAK BERLEBIHAN.
Dalam proses membesar. anak memerlukan pelbagai zat makanan.namun elakkan dari memberikan vitamin dan mineral secara berlebihan bagi mengelakkan keracunan.mengambil sayur2 bukan sahaja membolehkan si kecil mendapat vitamin dan mineral ttp juga serat serta nutrien.


3) PERBANYAKKAN SERAT.
Pastikan anak anda mengambil makanan yang tinggi serat.spt bijirin , kekacang ,sayur-sayuran dan buah-buahan.kebarangkalian utk di serang sembelit turut berkurangan.selain itu pastikan anak minum air dlm jumlah yg mencukupi setiap hari.

4) SUSU SETIAP HARI.
susu penting utk tumbesan buah hati anda.pengambilannya perlu sekurang-kurangnya 2 gelas setiap hari.meskipun begitu pastikan adan tidak memberikan susu rendah lemak atau susu krim kpd kanak2 berusia bwh tujuh tahun.sebaliknya pilihlah susu penuh krim.

5)SEIMBANGKAN DIET.
Apabila menyediakan hidangan utk ank anda.pastikan ia merupakan diet yg seimbang.Ia perlu merangkumi makanan yg mengandungi karbohidrat kompleks,buah-buahan,sayur-sayuran dan produk tenusu. penggunaan garam,gula dan lemak dlm hidangan harus di minimumkan.

6) LATIHAN AWAL.
Mengambil terlalu sedikit ataupun begitu banyak nutrisi sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.sebagai langkah mudah dan selamat, si kecil haruslah di latih sejak dari awal utk mengambil makanan secara sederhana.

7) JADUAL TERATUR.
Bagi membesar dengan sihat ,kanak-kanak bukan sahaja memerlukan nutrisi yang lengkap,tetapi dia juga perlu mengambil makanan secara teratur dan konsisten.Pantaulah waktu makan anak.didiklah dia supaya tidak mengabaikan waktu makan terutamanya sarapan.

No Response to "7 Rahsia Pemakanan Cergaskan Anak"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities