MENAMBAH PELABURAN ASB ANDA SECARA ONLINE-Maybank2u

Assalamualaikum ..dan selamat sejahtera....
mungkin masih ade yang tidak tahu, kini kita boleh menambah simpanan atau pelaburan ASB
secara online samada di maybank2u atau di cimbclicks , jd kita tidak lagi perlu menghabiskan mase pergi ke bank dan menunggu no giliran..dan kini tiada alasan lagi untuk membuat simpanan
kerana semua mudah boleh di buat secara online sahaja....huhuhu...alhamdulillah..ni bertambah semangat nak buat simpanan @ pelaburan ASB nie...

okey hari ni saye share cara menggunakan maybank2u next time cimbclicks plak k...

pertama sekali kite mesti ada akaun ASB la ye..baru bleh buat transaction melalui
maybank atau cimb nie...

Pendaftaran 'Add Favourite' bagi Pengguna Baru

1 Login ke www.maybank2u.com.my
2 Pilih ruangan ‘Investment’ (Klik pada Gambar di bawah utk besarkan)


3 Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu (Klik Pada Gambar di bwh utk besarkan)


4 Pilih ‘Add’ untuk mendaftar Akaun ASNB (klik pada gambar di bawah untuk besarkan)



5) Klik "continue"



6)Isikan butiran terperinci seperti di skrin :NO ahli ASNB(no akaun ASB),Jenis ID(cth:new IC),NO ID(no IC),NAMA AHLI . kemudian klik "continue"



7) Sahkan nama unit amanah yang didaftar. Klik "Request Tac No"
apabila dah dapat masukkan no TAC dan Klik "Confirm"

8) Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’
Borang pendaftaran telah di terima, tunggu approval dari maybank.


status "pending" tunggu approval dari maybank

10 Semak status pendaftaran . Rujuk jadual dibawah:
Waktu Pendaftaran Semakan status
Dari 12.01mlm hingga 5.00ptg
1.00ptg hari bekerja berikutnya

11 Status pendaftaran telah di luluskan , status "active"


CARA MENAMBAH PELABURAN :-

setelah pemohonan kita berjaya iaitu berstatus "ACTIVE", bolehlah mula membuat simpanan atau pelaburan.

1 Login ke www.maybank2u.com.my
2 Pilih ruangan ‘Investment’
3 Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
4 Pilih ‘ASB Payment’ di sub menu. Pastikan Akaun ASB yang didaftarkan berstatus ‘Active’
5 Pilih akaun pembayaran pemegang unit ASB dan klik ‘Continue’
6 Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’
7 Isi amaun pelaburan dan pilih akaun pembayaran. Klik ‘Continue’
8 Sahkan maklumat transaksi. Klik ‘Confirm’
9 Cetak pengesahan status pembayaran untuk rujukan
10 Semak status langganan di ASNB. Rujuk dibawah:

Waktu Transaksi Semakan status
Dari 12.01mlm hingga
5.00ptg Hari bekerja berikutnya

=============================
maklumat tambahan:
===========================

Had Pelaburan Tambahan?
Minimum : RM 1.00
Maksimum:Tertakluk pada had pelaburan maksima individu

Caj urusniaga?
- RM1.00 bagi setiap urusniaga tanpa mengira jumlah pelaburan
- Caj ini akan didebitkan dari akaun simpanan/semasa pengguna

Waktu Operasi?
12.01mlm – 5.00 ptg
Hari bekerja Wilayah Persekutuan sahaja

Pengesahan tarikh urusniaga dalam buku pelaburan?

Waktu Transaksi Tarikh Pengesahan
12.01mlm - 5.00ptg ---- >>> Hari Sama


Kemaskini buku pelaburan?

- Kaunter Utama dan Pejabat ASNB
- Ejen ASNB (CIMB/RHB/MBB/POS)

Klik di sini sekiranya anda ingin mengetahui cara menambah pelaburan ASB melalui CIMBCLICKS

3 Response to "MENAMBAH PELABURAN ASB ANDA SECARA ONLINE-Maybank2u"

menara said...

Iklan: Harga runtuh kembali promosi raya- LIVE

tolong aku said...

Berminat dgn pinjaman asb dgn kadar pling rndah, tanpa log in period 3 thun. .email sy untuk penjelasan lanjut di akram.rashid@cimb.com

Deesha said...

Saya dah buat tapi bila tunggu beberapa hari...status: Rejected. Mengapa?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities