Tutorial Menjahit Bhgian Pinggang Kain

Terdapat 3 Teknik untuk menjahit bhgian pinggang kain:-
1) menggunakan kain pengeras semua
2) menggunakan kain pengeras + getah
3) menggunakan getah semua.

ermm ..bagi saya cara yg paling senang guna getah semua ..senang n cepat siap...huhuhu..
kalau nak nampak lebih kemas guna cara no 2 pengeras + getah...cara ni saya suka kemas n cantik, lagi satu cara pengeras semua...cara ni sgt sesuai untk fesyen baju kurung moden n kebaya...supaya bila kita pakai baju bahagian pinggang x nampak gelembung.

kali ni sy nak kongsikan cara no 1 , guna pengeras semua...lain kali sy kongsikan cara lain lak yer...:))

ok kita mulakan tutorial Teknik 1 ( menggunakan pengeras pinggang semua)

mula-mula sediakan kain utk pinggang:-

ukuran lebar = 3 inci
ukuran panjang = ukuran panjang pengeras pinggang + 1 inci (utk basi)

then, sediakan pengeras pinggang:-

ukuran panjang pengeras pinggang = ukuran pinggang yang sebenar + 1 @ 1 1/2 inci

Ok...Jom ikuti Tutorial bergambar di bawah:-




1) letakkan pengeras di ats kain bahagian pinggang , tinggalkan 1/2 inci spt gambarajah.
permukaan kain adalah bahagian dalam.

2) Jahit di tengah2 pengeras smpai ke hujung.


3) Gambaran pengeras yg siap di jahit pada kain.


4) lipat spt gambarajah.

5) lipat sekali lagi spt gambarajah.


6) jahit di hujung pengeras, jgn jahit atas pengeras.

7) Gambar contoh -siap jahit hujung pengeras.

8)Tinggalkan basi dlm 1/4 inci dari garisan yg di jahit td dan gunting.

9)Jahit dgn mata kia yg kasar di bahagian tgh pengeras, ini adalah jahitan sementara
supaya kemas n senang di jahit semasa nak cantumkan dgn bhgian kain nanti.dan selepas siap cantum pengeras dgn kain...jahitan kasar ini akan di buka semula.

10)buat spt gambarajah, bhgian pengeras siap utk di sambung dgn kain.

11) ukur dahulu bahgian pinggang kain, pastikan ukuran sama dgn ukuran pinggang yg di kehendaki.


12)letakkan bahagian pengeras yg siap di jahit dgn bahagian kain, spt gambarajah.
mula dgn zip bahagian dpn kain.

13) Jahit mengikut garisan yg di tanda dgn kapur.

14) Dah siap jahit , terbalikkan bhgian pengeras supaya kelihatan spt ganbarajah.
15) Jahit Tindih antara pengeras dan bahgian kain smpai ke hujung.
16) Jahit sekeliling pengeras, spt gambarajah di ats.


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....ha..dah siap pun...
sy harap anda semua bleh paham tutorial ni ye...
Selamat Mencuba..semoga berjaya...
Practice Make Perfect...

1 Response to "Tutorial Menjahit Bhgian Pinggang Kain"

blogger team said...

sangat2 membantu..lebih2 lagi saya baru belajar menjahit.bahagian pinggang saya rasa blur2 skit..thanks for the info..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities