Photobucket

Vitamin Untuk Kulit Cantik dan Elastik

Vitamin Untuk Kulit Cantik dan Elastik


Kulit idaman semua orang bukan sahaja putih, tanpa sebarang cela, tapi juga elastik. Perkara yang penting untuk kulit cantik dan elastik ialah menjaga aktiviti dan pemakanan, terutama pengambilan air. Dan vitamin2 utama juga memainkan peranan besar dalam kecantikan kulit.

Jom kita tengok apakah vitamin untuk mendapatkan kulit cantik dan elastik.

Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin utama untuk menyegarkan kulit dan menjadikannya lembut. Ia bertindak sebagai antioksidan dan membantu menghapuskan radikal bebas dalam badan. Dos yang disarankan untuk vitamin E ialah 400IU.

Vitamin A

Vitamin A adalah untuk menjadikan kulit lebih anjal. Vitamin A menjaga kulit dari mengalami proses penuaan. Bukan itu saja, ia juga memelihara kulit dari dijangkiti beberapa jenis penyakit kulit.

Vitamin K

Vitamin K juga adalah vitamin yang penting dalam pembentukan kulit yang elastik. Ia juga meningkatkan aliran darah yang seterusnya memberikan kulit nutrisi yang secukupnya.

Vitamin C

VItamin C juga glamour sebagai vitamin Cantik. Ia adalah agen detox yang baik, untuk membuang toksin dan juga antioksidan menghapuskan radikal bebas. Dengan terhapusnya radikal bebas ini, maka lebih mudah untuk vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen.

Vitamin B

B for beauty… vitamin B penting untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Vitamin B juga menjaga kulit dari kekeringan yang boleh menyebabkan kedutan.

Jagalah kulit dan pastikan ia sentiasa mendapat nutrisi yang cukup. Bukan saja agar kita sentiasa nampak cantik dan segar, malah terpelihara dari masalah2 kulit yang boleh membelenggu.

Basahkan wajah dengan air wuduk, dan sujud di sejadah untuk kulit cantik yang lebih bercahaya.

Lagi info Kecantikan KLIK DI SINI

credit to

No Response to "Vitamin Untuk Kulit Cantik dan Elastik"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities