Photobucket

Digital Tasbih Untuk Berzikir

Salam Sayang buat sahabat2 dan pengunjung blog sweetbajukurung...
saya mendoakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah....

Alhamdulillah ...saya mengetahui ttg wujudnya tasbih digital ni melalui seorang sahabat saya...sahabat yang sentiasa menenangkan hati saya ..syukur kpd Allah yang telah menggerakkan hati saya untuk mengenali beliau...dan terima kasih sahabat kerana telah banyak berkongsi ilmu2 ttg santapan rohani utk di jadikan amalan harian...

Apabila saya dapat tahu tentang tasbih ni saya terus hubungi Stokis...dan buat order...
Alhamdulillah semalam petang dalam pukul 3 saya order, petang ni terus dapat...suka sgt..

Berzikir boleh dengan apa jua cara, Digital Tasbih adalah salah satu daripadanya.. untuk memudahkan ibadah.. INSYAALLAH! Ikhlas saya ingin kongsi ..Digital Tasbih ini sgt mudah di gunakan ...

Kata2 dari stokis Digital Tasbih:-
Bersyukur ke hadrat ALLAH SWT yang telah memberikan saya ilham untuk membawa produk ini ke Malaysia. Saya dan suami mendapat idea ini sewaktu kami pergi menunaikan ibadah haji 1431H yang lalu.

Sewaktu tawaf, kami mengggunakan tally counter yang konvensional, analog dan size yang agak besar.(lihat gambar di bawah) untuk mengira pusingan tawaf dan kiraan ulang alik saie. Kami juga menggunakannya untuk berzikir apabila masa terluang. Masaalahnya, dengan saiz yang besar dan bunyi agak kuat apabila ditekan, menyebabkan kami rasa tak sedap hati apabila menggunakannya, bimbang takut kalau-kalau mengundang riak dihati dan menolak fitnah orang sekeliling, kami cuba mencari-cari apakah ada sesuatu yang boleh menggantikan alat ini tetapi dalam masa yang sama mempunyai fungsi seperti yang kami kehendaki.


Alhamdulillah, kami telah menemui tasbih digital di salah satu bazaar yang terdapat disana. Kami membelinya dan sejak hari itu menggunakannya. Ikhlas kata, sejak tasbih digital dijari, hati ini selalu berzikir mengingati-NYA. Alhamdulillah.. jadi, disini kami ingin berkongsi rasa dan ketenangan hati (InsyaALLAH) bersama saudara-saudari sekelian untuk memiliki tasbih digital ini. Selain boleh dipakai sendiri, tasbih digital ini boleh juga dibuat hadiah kepada sanak saudara, ibubapa, para hafiz/hafizah, imam, ustaz. Moga pahala berpanjangan selagi ianya digunakan, InsyaALLAH!...

-----------------------------------------------------------------------------------------

terdapat 4 warna....merah,biru lembut, biru, hitam...
saya pilih warna biru lembut jadi taklah nampak terang sgt....:))

sekiranya ada yang berminat nak beli atau ingin di jadikan hadiah ...boleh contact saya ye...

di bawah ni gambarnya..

Merah yang ceria..
Hitam yang elegant..
Biru yang mendamaikan..
White nampak sufi..:-)







Di antara ciri-cirinya ialah:

1. Skop kaunter: 0- 99999

2. PVC Strap

3. Warna pilihan: silver, kuning, hijau dan biru

4. Butang OFF/ON: ada 2 butang, kecik dan besar, butang besar untuk mengira, dan butang kecil untuk reset.

5. Senang diguna dan dibawa. Selain dari dibuat tasbih, boleh digunakan untuk mengira stock dan aktiviti latihan fizikal.

6. 1 jam simpanan memori. Bateri boleh ditukar dikedai bateri.

7. Hi-teknologi CPU

Cara Penggunaan:

  1. Lingkaran boleh dikecil atau dibesarkan menggunakan buckle.
  2. Boleh dipakai dimana-mana jari mengikut keselesaan dan menggunakan ibu jari untuk menekan.
  3. Tekan Butang Besar untuk memulakan kiraan. Tekan sekali lagi Butang Besar (sekali tekan) untuk ke nombor berikutnya.
  4. Kiraan dari 0-9999. Butang reset untuk kembali ke 0
  5. Untuk stok kali ini, LCD display akan sentiasa on apabila tidak digunakan. Apabila ditekan kembali nombor yang terakhir akan dipamerkan. Bateri tahan 12 bulan dengan penggunaan berterusan.
  6. Jika kehabisan bateri, boleh ditukar dikedai jam. (Menggunakan bateri jenis bulat)
  7. Penggunaan kali pertama berkemungkinan kurang dari 12 bulan kerana diambilkira dari waktu pemasangan dikilang.
  8. Tidak water resistant. Dikehendaki membuka apabila mengambil wudhu atau mencuci tangan.
  9. Penggunaan yang senyap dan boleh digunakan untuk apa jua aktiviti.
* 2 minggu warranty melibatkan kerosakan kecuali produk ini disalahgunakan.

Sekiranya berminat boleh contact saya ye : 013-7470408
email :nooraz2503@yahoo.com

Price hanya RM 15
postage RM 5

2 Response to "Digital Tasbih Untuk Berzikir"

sisdee said...

ziela lagi best digital tasbih nie...sbb 99999 akak punya cuma 999 jek...
nak order bole..amik baju kang akak byr ;) 2 ek...kaler putih n merah ;)

ziela said...

Ok sis...boleh

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities