PengertianTaufiq Dan Hidayah Allah

Pengertian Taufiq Dan Hidayah Allah.

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami.” (Al-Ankabut: 69)"

Menyelami maksud sebenar antara kedua-dua perkataan ini adalah sewajarnya bagi seseorang bergelar muslim. Agar memanifestasikan makna sebenar kepada khalayak umum, dan sentiasa berdoa supaya kita di kekalkan hidayah dan di kurniakan Taufiq berpanjangan sehingga ke akhir hayat kita...Amin..

Seringkali kita berbicara soal taufiq dan hidayah kurniaan Allah SWT kepada manusia. Lancar bibir menitipkan doa ke hadrat Ilahi memohon agar selalu mendapat taufiq dan hidayah. Namun sedarkah kita apa maksud sebenar dua perkataan itu?

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut yang saya catitkan di perenggan atas entri ini.

Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Secara mudah (yang dapat difahami):

Taufiq :

  • [Sudut bahasa]: Kekuatan
  • [Sudut kefahaman]: kekuatan yang dikurniakan oleh Allah untuk melakukan amal soleh

Hidayah :

  • [Sudut bahasa] Petunjuk (keinginan)
  • [Sudut kefahaman] : Keinginan yang diilhamkan oleh Allah

Contoh : rasa teringin sangat nak pergi usrah ( hidayah ) tapi, tiba-tiba demam panas ( tiada taufiq)

contoh lain:

Seorang yang sakit terbaring atas katil…betul2 hatinya terasa nak solat berjemaah di masjid tapi tak ada orang yang nak tolong bawakkan beliau…maka dikatakan beliau mendapat hidayah, tetapi tidak mendapat taufiq..

Jika seseorang digerakkan hatinya untuk singgah ke masjid, dan ketika itu solat jemaah dijalankan di situ lalu beliau menyertainya.. maka itulah yg dikatakan sebagai mendapat taufiq dan hidayah…

P/s: Jangan sesekali berputus asa , merayu dan merintih kepada Allah supaya mengurniakan taufiq dan Hidayah serta mengekalkannya sepanjang kehidupan kita dan seluruh keturunan seluruh umat Islam..Amin..

No Response to "PengertianTaufiq Dan Hidayah Allah"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities