Photobucket

Wanita penggoda – Tujuh cara menukarkan diri anda pada seorang penggoda.

sumber:http://www.koleksiartikel.com/motivasi-and-pembangunan-diri/wanita-penggoda-tujuh-cara-menukarkan-diri-anda-pada-seorang-penggoda.html

anda sedang mencari putera impian untuk diri anda. Untuk berbuat demikian, anda perlu ubah diri anda kepada wanita penggoda di mana anda akan menarik ramai lelaki untuk memikat anda dan dari situ anda boleh memilih yang mana berkenan di hati.

Sentiasa bergaya dengan fesyen terkini.

Jika anda berpakaian mengikut trend semasa, ramai lelaki akan terpikat pada anda dalam sekelip mata sahaja. Lelaki selalu terpikat pada wanita yang pandai bergaya. Berbagai perangai nanti anda boleh jumpa bagi pihak lelaki jika anda mula bergaya dengan fesyen terkini.

Lelaki suka menonton televisyen dan membaca majalah. Jadi, mereka terdedah dengan gambar – gambar model wanita. Jika anda berpakaian dengan fesyen terkini, mereka mudah terpikat di sebabkan imaginasi mereka terhadap model – model wanita yang mereka lihat.

Belajar bagaimana hendak menggoda

Tanya rakan – rakan anda bagaimana kisah cinta mereka bermula. Belajar untuk menjadi wanita yang berperangai wanita. Lelaki yang baik akan terpikat pada perangai wanita yang baik. Tidak kira bagaimana paras rupa anda, lelaki akan terpikat pada perangai anda.

Cara berjalan yang seksi

Ubah cara jalan anda. Untuk berjalan dengan seksi, anda perlu yakin ketika berjalan. Seorang yang yakin akan berjalan dengan laju dan sentiasa tersenyum. Cubalah, lelaki pasti akan melihat anda.

Sentiasa gembira.

Sentiasa senyum dan gembira. Jangan rasa sedih dengan nasib anda. Muka yang masam akan menolak aura seorang lelaki. Jika anda selalu senyum, insyaAllah dalam masa dua hari sahaja anda akan rasa perubahan di sekeliling anda.

Sentiasa lain dari yang lain.

Jangan jadi seorang yang terlalu ke belakang. Maksud saya terlalu tidak yakin dengan diri sendiri. Yakin pada diri sendiri dan sentiasa berikan yang terbaik dalam pekerjaan anda. Putera impian anda akan muncul di saat anda membina kerjaya anda dengan baik.

Jadikan diri anda sebagai seorang yang berpandangan luas

Jangan bertindak bodoh. Elakkan diri anda dari bertindak bodoh. Sentiasa mengambil langkah bijak. Anda tidak perlu memaksa diri anda untuk jadi bijak. Anda hanya perlu banyak membaca dan kebijaksanaan akan datang dengan sendiri pada diri anda.

Belajar untuk menjadi pendengar.

Wanita yang penggoda sentiasa mendengar apa yang orang lain sampaikan. Lelaki akan terpikat pada wanita yang pandai untuk mendengar. Ia juga tidak menjadikan diri anda sombong.

No Response to "Wanita penggoda – Tujuh cara menukarkan diri anda pada seorang penggoda."

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities