Mungkin ada yang tertanya2 apa kelayakan yang pelu ada utk layak memohon pinjaman perumahan di bawah SRP ini....
kalaulah kerajaan dapat mengubah syarat golongan berpendapatan RM 3000 sebulan kepada RM 3500 sebulan lagi bagus kan?..haaa...mesti lagi ramai yang berpeluang untuk memiliki rumah sendiri kan....
haa...meh baca soal jawab tentang SRP...di bawah yoshhh..!!!
Soalan Lazim
A. Skim Rumah Pertamaku
1.Apakah Skim Rumah Pertamaku (Skim)?
Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri. Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah.
Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank yang terlibat atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.
2. Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna yang peminjam/pelanggan dibawah skim ini hanya menanggung pembiayaan sebanyak 90% sahaja?
Tidak. Peminjam/pelanggan terpaksa menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank yang terlibat (sehingga 100%). Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.
3. Adakah saya perlu membayar kadar faedah/keuntungan yang lebih tinggi atau sebarang bayaran untuk menikmati pembiayaan sehingga 100% dibawah skim ini?
Tidak. Kadar faedah/keuntungan biasa bank-bank yang terlibat digunapakai dan para peminjam/pelanggan tidak perlu membayar untuk mendapatkan jaminan daripada Cagamas SRP Berhad.
B. Pembiayaan
1. Siapakah yang layak untuk Skim ini?
Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada hari lahir berikutnya) dengan pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM3,000 bagi setiap pemohon.
2. Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk Skim ini?
Tidak. Skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja. Pemohon mesti telah disahkan dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan.
3. Saya berkerja sendiri dan pasangan saya yang bekerja di sebuah syarikat perdagangan dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Adakah kami layak untuk menjadi pemohon bersama dibawah Skim ini?
Tidak. Semua pemohon (termasuk pemohon bersama) mestilah bekerja di dalam sektor swasta dan memenuhi semua kriteria kelayakan yang lain.
4. Saya dan pasangan saya masing-masing mendapat RM1,500 sebulan dan ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% untuk membeli rumah pertama kami yang berharga RM220,000. Adakah kami layak dibawah Skim ini?
Ya. Anda layak untuk mendapat pembiayaan 100% dibawah Skim ini sekiranya jumlah pembayaran balik bulanan pembiayaan berkenaan tidak lebih dari 1/3 gabungan pendapatan kasar bulanan peminjam/pelanggan dan dalam kes ini, ianya adalah RM1,000 sebulan. Walaubagaimanapun, pembiayaan adalah bergantung kepada kemampuan.
Contoh kiraan :
•Gabungan pendapatan kasar: RM1,500 + RM1,500 = RM3,000
•1/3 daripada RM3,000 = RM1,000
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan adalah 30 tahun, jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM200,000. Untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000, gabungan pendapatan bulanan anda hendaklah lebih kurang RM3,300.
5. Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan dibawah Skim ini?
Tidak. Pemohon-pemohon bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.
C. Harta
1. Adakah Skim ini merangkumi harta-harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan?
Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan. Jaminan tersebut akan berkuatkuasa apabila pembayaran penuh pembiayaan tersebut dibuat.
2. Saya dan pasangan saya ingin membeli sebuah harta yang berharga RM220,000. Adakah kami layak untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000 jika kami memenuhi kriteria pendapatan yang ditetapkan?
Secara amnya, bank-bank yang terlibat akan memberi pembiayaan berdasarkan harga belian atau penilaian (nilai pasaran terbuka) daripada panel jurunilai mereka, yang mana lebih rendah.Penilaian harta tersebut adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan bank yang berkenaan.
3. Pembiayaan sedia ada saya diambil semasa saya membeli rumah pertama. Adakah saya layak untuk mendapat pembiayaan semula bagi pembiayaan tersebut dibawah Skim ini?
Tidak. Skim ini tidak merangkumi pembiayaan semula bagi pembiayaan sedia ada.
4. Adakah sebarang had ditetapkan bagi jenis harta kediaman atau lokasi dibawah Skim ini?
Jenis harta kediaman dan lokasi adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.
D. Soalan Lain
1. Bagaimanakah cara untuk saya memohon pembiayaan dibawah Skim ini?
Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.
2. Bolehkah saya memohon untuk pembiayaan Islam dibawah Skim ini?
Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua pembiayaan konvensional dan Islam.
3. Apakah tempoh maksimum pembiayaan?
Tempoh maksimum pembiayaan ialah 30 tahun, tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.
4. Perlukah saya membeli insurans/takaful kebakaran dan Insurans Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTA)/Takaful Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTT)?
Peminjam/pelanggan mesti membeli insurans/takaful kebakaran. Walaubagaimanapun, keperluan bagi MRTA/MRTT bergantung kepada keperluan bank-bank yang terlibat.
sumber:http://www.srp.com.my
Soal Jawab Skim Rumah Pertamaku(SRP)
3:59 PM
Aziela
Posted in
Soal Jawab Skim Rumah Pertamaku(SRP)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Soal Jawab Skim Rumah Pertamaku(SRP)"
Post a Comment