Janganlah kita terlalu inginkan kesempurnaan dalam mencari pasangan.
setiap manusia di kurniakan Allah kelebihan dan kekurangannya.
Kesempurnaan itu adalah hak mutlak yang maha esa sahaja.
Justeru itu terima lah ia seadanya dan sentiasa memohon keredhaan Ilahi ....
sama-sama kita meneliti mesej yang di sampaikan oleh pakar motivasi terulung negara iaitu Dr Fadzilah Kamsah.
Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke
dalam air begitu saja. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi
ia masih hidup.
Begitulah juga…
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang,
sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Kerana
apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU…
MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
Terlalu mengejar kesempurnaan?
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.
Kamu juga yang akan MENYESAL….
*dari Dr Fadzilah Kamsah
Kerna Terlalu Inginkan Kesempurnaan
5:18 AM
Aziela
Posted in
Kerna Terlalu Inginkan Kesempurnaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Kerna Terlalu Inginkan Kesempurnaan"
Post a Comment