Photobucket

Petua dan Amalan Banyakkan Susu Ibu

Tahniah kepada Kawan saya yg telah selamat melahirkan baby boy...baru je habis tempoh pantang 44 hari...

dia mengadu susunya tak banyak dan terpaksa amalkan perancang susu...
tetapi dia menghadapi masalah Migrain yang teruk ketika mengamalkan perancang susu...
mungkin tidak serasi dgn badannya...
mungkin amalan dan petua tradisi ini serasi untuknya....
ini merupakan himpunan Petua dari internet ...
saya hanya memilih petua yang bahannya senang dapat dan mudah untuk di amalkan.
mungkin kesan nye berbeza dengan badan seseorang....walau bagaimanapun sekurang-kurangnya kita berusaha....dan Allah lah yang mengizinkannya....


*Gambar Sekadar Hiasan
1)Bahan : Jantung Pisang
Jantung pisang yang di celur enak di makan dengan sambal belacan.Ia membantu menambah susu ibu.

2) Bahan:Cekur Manis.
masak rebus atau lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

3) Bahan:Lobak Putih.
Kikis lobak putih dan di parut.Campur lobak putih tadi dengan segelas air panas dan di biar sehingga suam.Minum 2 kali sehari.

4) Bahan:Kacang Tanah.
kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
5) Bahan:Daun Kucai.
daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi

6) Bahan:Sayur sawi
Masak goreng tumis atau rebus

7) Bahan:daun betik.
Daun betik memang enak di buat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cecah dengan sambal belacan pasti pecah selera makan.

8) Bahan : Longan Kering.
Tambah susu ibu dengan amalan minum air longan kering.
Longan yang kering , biasanya boleh di dapati di kedai singseh.caranya Rebus
longan kering dalam anggaran sau cawan kecil dengan beberapa cawan air ( 3 -4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. kemudian boleh la di minum.

9) Bahan Kacang Hijau.
Amalkan makan bubur kacang hijau. boleh juga campur beras utk pekatkan susu.

10)Bahan :Daun sirih
Caranya ambil daun sirih dan di sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan di tekap di sekeliling buah dada.


Selain dari amalan petua dari segi Psikologi pula turut memainkan peranan:-

#Selalu berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.

# Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.

# Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.

No Response to "Petua dan Amalan Banyakkan Susu Ibu"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities