Petua Murah Rezeki

Semalam kemas-kemas majalah-majalah lama...ERmmm ..saya tidak tau dah kat mane nak letak..majalah-majalah lame smua tu..hubby cakap dah tiba mase kita lupuskan separuh...adoi..sayang memang sayang...tapi terpakse la...sebelum di lupuskan ...saye belek2 untk kali terakhir...huhuhu...saye ni pengemar petua, motivasi dan kisah teladan...

belek punye belek..terjumpa Petua Murah Rezeki....selain Amalan ayat seribu Dinar ...kita tambah lagi amalan seharian kita dengan ikut petua ni.

Allah yang membukakan pintu rezeki kepada kita sehingga kita dapat bernafas di muka bumi.beroleh kerjaya yang baik, dan menyumbang kepada orang lain.Alhamdulillah.

Namun sebagai hamba Allah, kita juga harus menyempurnakan beberapa perkara agar rezeki terus MELIMPAH RUAH..dengan IzinNYE...

1) BERTAKWA kepada ALLAH.
Dengan Beriman bersungguh-sungguh melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Allah berfirman dalam surah " An-Nahl:97 bermaksud:-

"Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari kalangan lelaki dan wanita, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan"SURAH AN-NAHL:97)

2) BERSYUKUR kepada ALLAH atas segala kurniaan-NYA,Firman Allah dalam surah Ibrahim:7 bermaksud:-

" Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur , nescaya aku akan tambah nikmat-KU kepada kamu , sesungguhnya jika kamu ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah Berat."

3) BERTAUBAT.Membanyakkan istighfar,memohon keampunan kerana itulah yang menyebabkan kita dikasihi Allah dan seterusnya di buka lebih pintu Rezeki.

4)Melazimkan diri MEMBACA SURAH AL-WAQIAH yang terdapat dalam juzuk 20, surah ni mengenai kejadian hari kiamat, mengenai tiga puak manusia di sana, iaitu puak kanan yang beroleh bahagia,puak kiri yang di masukkan ke neraka dan puak ke tiga yang mendahului dalam kerja kebajikan yang beroleh kedudukan yang mulia di sini Allah. Rasulullah bersabda yang di riwayatkan al-Baihaqi daripada Ibnu Mas'ud";-

"Sesiapa yang membaca Surah Al- Waqiah setiap malam, nescaya tidak di timpa kemiskinan selama-lamanya"

==================================================

Di bawah saya ada sertakan link Surah Al-Waqiah...

AYAT 1-74 ====>> KLIK DI SINI UNTUK DENGAR ATAU SAVE
AYAT 75-96 ====>> KLIK DI SINI UNTUK DENGAR ATAU SAVE

post yang seterusnya saya akan kongsikan kelebihan dan fadhilat surah Al-Waqiah..wallahuaklam...



Sama-sama kita Amalkan , semoga Allah memberkati amalan kita...Amin...

Klik "LIKE" sekiranya anda suka Perkongsian di sini:-


No Response to "Petua Murah Rezeki"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities