Tips bagaimana untuk menjadi orang yang cemerlang

Assalamualaikum....W.b.t

Hari ni dah hari ke 6 kita di tahun baru 2010...semoga kita semua mempunyai azam dan matlamat yang baru dalam hidup kita agar menjadi insan yang cemerlang dan gemilang.

Saya ada baca Tips bagaimana untuk menjadi orang yang cemerlang di blog pakarhowto jadi saya paste kan di sini sebagai panduan kpd saya dan kengkawan sekalian...semoga kita dapat muhasabah diri kita dan berusaha utk menjadi orang yang cemerlang. InsyaALLAH...

1. Faham betul-betul tentang maksud, tujuan dan matlamat hidup
Ini paling asas dan paling penting pada saya. Sebab kalau kita faham betul-betul apakah maksud, tujuan dan matlamat hidup kita atas dunia ini, maka kita tahu apa hala tuju kita. Kita tahu apa yang kita kejar.
Maka takde la kita tersesat dan melencong kepada perkara-perkara yang sia-sia.

Apabila kita tahu maksud hidup kita, maka kita akan lebih fokus. Kita akan jadi lebih tabah, lebih tetap pendirian dan lebih matang. Kita tidak akan melakukan perkara yang sia-sia dan menghargai masa, tenaga, wang ringgit dan segala nikmat yang Allah kurniakan.

Makanya, kita mesti benar-benar faham akan maksud dan matlamat hidup kita atas dunia ini.

Persoalannya sekarang, apakah maksud, tujuan dan matlamat hidup kita? Adakah kita sudah benar-benar tahu dan faham?


2. Taat semua perintah Allah dan tinggal semua larangan dan jauhi benda-benda yang haram dan yang syubhah
Tips kedua ini sebenarnya saling berkaitan antara tips yang pertama tadi tu. Kalau anda orang Islam, maka saya rasa tak payahlah saya nak huraikan panjang-panjang perkara ini. Cukuplah saya katakan bahawa, kita orang Islam ni, kejayaan kita bukanlah diukur sejauh mana cemerlang dan berjaya nya kita atas dunia ini saja.

Apalah gunanya kejayaan dan kecemerlangan kita atas dunia ini, kalau kita seorang yang sering ingkar perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang Allah larang. Apalah gunanya diri kalau diri kita itu dimurkai oleh Allah, TUHAN sekalian alam ini?

Maka, tidak dapat tidak, untuk menjadi orang yang cemerlang, maka kita mestilah berusaha mendapatkan redha Allah dengan melakukan semua perintah yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarangNYA.

3. Taat dan buat baik dengan ibu bapa
Untuk dapat redha Allah, maka kita kena dapat redha ibu bapa dulu. Macammana nak dapat redha ibu bapa?

Buatlah apa yang menggembirakan mereka, dengar kata mereka, jangan bantah cakap mereka, bersopan santun dan sentiasa menghormati mereka, tidak sekali meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka, buat mereka bangga dan selalu mendoakan mereka. Pendek kata, kita mesti sentiasa jaga hati mereka. Senyum dan berlemah lembut lah dengan mereka. Buatkan mereka berasa besar hati dengan kita.

Sekiranya kita berjaya mendapatkan redha ibu bapa kita, insyaAllah hidup kita pasti akan diberkati dan dirahmati oleh ALLAH Ta’ala. Apabila hidup kita diberkati, maka apalagi yang kita mahukan?

Pada saya, ini adalah pra-syarat yang MESTI dipenuhi sebelum seseorang itu diiktiraf sebagai orang yang cemerlang.


4. Ada perancangan yang jelas

Untuk jadi cemerlang, kita mesti bijak merancang. Kita mesti ada target dan pelan tindakan untuk mencapai target. Apa target kita dalam pelajaran, dalam hidup? Apa yang ingin kita capai? Dan apakah pelan tindakan kita untuk mencapat target-target tersebut?

Buatlah target dan perancangan yang jelas dan praktikal. Kena ada pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang. Sentiasa periksa progress atau kemajuan yang kita lakukan hari-hari, apakah ianya semakin dekat mencapai target atau terpesong jauh?

5. Sentiasa muhasabah diri
Kita ini manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Muhasabah lah diri. Peruntukkan sedikit masa setiap hari untuk periksa dan muhasabah diri kita setiap hari.

Apakah yang kita lakukan hari ini? Apakah ada kesilapan yang telah kita lakukan? Ada tak kita melukai hati atau menyakiti orang lain? Ada tak kita mengumpat dan mengutuk orang? Adakah solat kita sempurna? Adakah masa kita terbuang dengan sia-sia?

Beristighfarlah dengan kesilapan dan kelemahan yang kita telah lakukan. Minta ampun dengan Allah atas semua kesalahan kita. Bertaubatlah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan, samaada yang sengaja atau yang tidak sengaja. Berazamlah sungguh-sungguh untuk kita tidak mengulangi kesilapan kita. Mohonlah pada Allah supaya memberikan kekuatan dan hidayah kepada kita untuk melakukan perkara-pekara kebaikan.

Sekian, cukuplah 5 tips ini dulu yang dapat saya kongsikan buat masa ini. Saya rasa, kalau kita dapat amal 5 tips ini pun, insyaAllah kita boleh menjadi orang yang cemerlang. Bukan cemerlang dunia saja, tapi lebih-lebih lagi cemerlang akhirat insyaAllah.

Mungkin ada yang kata, alaaa semua tips ni saya dah tahu. Semua apa yang diterangkan ini saya dah tahu lama dah.

Persoalannya sekarang, sejauh manakah kita praktikkan apa yang kita tahu? Bukankah ilmu yang tidak diamalkan itu diumpakan seperti pokok yang tidak berbuah?

Isunya sekarang, bukan banyak mana yang kita tahu, tetapi banyak manakah yang kita amal dan praktikkan. Tak gitu? Apa kata anda

No Response to "Tips bagaimana untuk menjadi orang yang cemerlang"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities