Monday, April 27, 2020

FOREVER UNTUK MASALAH PROSTAT DI KALANGAN LELAKI

Sedikit Perkongsian ... --->>> Pernahkah anda mengalami titisan air kencing yang keluar secara tidak sengaja walaupun sudah kencing? Atau anda terasa mahu kencing walaupun sudah beberapa kali ke tandas dalam tempoh waktu yang terdekat? Sebenarnya hampir semua kaum lelaki, pernah mengalami situasi sedemikian. Situasi ini dipanggil sebagai kencing tak lawas. Masalah tidak lawas dan kekerapan buang air kecil boleh disebabkan oleh berbagai punca dan perlu di diagnos dengan teliti. Kelemahan pundi kencing boleh menyebabkan masalah kekerapan pembuangan air kecil kerana injap pundi kencing yang lemah. Simtom prostat kanser juga sama dengan prostat bengkak namun penyakit ini berbeza kerana prostat bengkak (Benign Prostatic Hyperplasia - BPH) tidak merbahaya dan tidak boleh merebak ke tempat lain kerana ianya bukan kanser. Sebaiknya, buatlah pemeriksaan “Prostate Specific Antigen” (PSA) untuk mengenal pasti sama ada ianya kanser ataupun tidak. Sebanyak 98 peratus daripada keseluruhan kes prostat dikesan berlaku pada kaum lelaki yang berusia 55 tahun ke atas. Manakala purata umur kaum lelaki yang kebiasaannya dikenal pasti menghidapi #kanserprostat adalah lebih kurang umur 68 tahun. Seperti kelenjar yang lain, beberapa masalah dan penyakit boleh timbul dalam kelenjar prostat . Penyakit dan masalah yang utama adalah BPH (Pembesaran Kelenjar Prostat ) dan kanser prostat. Adakalanya walaupun muda belia, prostat boleh juga bengkak oleh jangkitan kuman yang dikenali sebagai prostatitis. Pengenalan & Ciri-ciri Umum BPH adalah penyakit untuk kaum lelaki sebab hanya kaum lelaki sahaja yang mempunyai kelenjar prostat. Kelenjar prostat ini terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra, saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke zakar. Fungsi kelenjar prostat ialah untuk membantu sistem reproduksi lelaki dengan menghasilkan cecair untuk membawa sperma dari testis ke zakar ketika ejakulasi. Bila prostat semakin membengkak, ia boleh menekan dan membuat saluran uretra bertambah sempit dan ini menyebabkan masalah bila membuang air kecil. Kebanyakan lelaki mengalami pertumbuhan prostat sepanjang hayat. Bila prostat membesar dan saluran uretra semakin tertekan dan sempit, pundi kencing mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing sepenuhnya sehingga benar-benar kosong. Dalam beberapa kes, sekatan dari pembesaran prostat boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran kencing berulang dan secara beransur-ansur menyebabkan kerosakan pada pundi kencing atau pun buah pinggang. Punca Perubatan moden tidak pasti apa yang menyebabkan prostat membesar dan membengkak. Ia mungkin disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan hormon testosteron apabila lelaki semakin berumur. Pembesaran prostat mungkin juga disebabkan oleh peningkatan dalam bilangan sel-sel (hiperplasia). Walau bagaimanapun, sebab yang tepat bagi peningkatan ini tidak diketahui. Pelbagai faktor yang mungkin terlibat, termasuk androgen (hormon lelaki), estrogen, faktor-faktor pertumbuhan dan lain-lain masalah. Tanda-tanda Biasanya terdapat tanda-tanda yang sederhana diperingkat awal. Mungkin aliran air kencing sedikit perlahan, atau perlu menunggu beberapa saat untuk mula membuang air kecil. Semakin berumur ianya boleh menjadi lebih bermasalah dan komplikasi. Kira-kira separuh daripada semua lelaki berusia lebih 75 tahun mempunyai beberapa gejala. Tidak semua masalah kesukaran membuang air kecil di kalangan kaum lelaki adalah disebabkan oleh pembesaran prostat. Khususnya, jika anda kencing berdarah atau sakit dibahagian ari-ari, ia mungkin disebabkan oleh masalah pundi kencing, buah pinggang, atau jangkitan kuman di prostat. Anda mungkin mengalami BPH jika gejala-gejala seperti di bawah berlaku. ~ Kerap kencing, contohnya kencing setiap 30 minit atau kurang terutamanya pada waktu malam dan selalunya jumlah air kencing adalah sedikit sahaja ~ Rasa ingin kencing yang datang secara mendadak ~ Pancutan air kencing tidak kuat walaupun diteran dengan kuat ~ Sukar untuk memulakan kencing ~ Kencing tidak tus (masih ada air kencing menitis keluar walaupun anda sudah kencing sehingga habis) ~ Perlu meneran untuk mengeluarkan air kencing ~ Perasaan bahawa anda perlu kencing lagi walaupun baru sahaja melakukannya. Manfatkan Forever Suplemen dalam membantu kesan simptom kencing tidak lawas FOREVER BEE POLLEN * Debunga lebah semulajadi yang dipunggut dari pusat pembelaan lebah Forever sendiri di Gurun Sonoran, Arizona yang ditumbuhi beribu-ribu spesis tumbuhan berbunga, ini menyediakan suatu spektrum debunga yang amat besar. Debunga Forever Bee Pollen adalah diperkayakan dengan Madu Asli dan Jeli Raja. * Debunga ialah benih 'jantan' bunga, ia sering kali disebut sebagai bahan makanan alam semulajadi yang paling sempurna. Ia adalah satu sumber nutrien yang amat pekat, mengandungi beratus-ratusan sebatian berkhasiat, termasuk hampir kesemua nutrien asas yang diperlukan oleh manusia. *Debunga lebah terdiri daripada 40% protein, mengandungi spektrum lengkap kesemua 22 jenis asid amino. Ia juga amat kaya dengan vitamin-vitamin A, C, D, E dan K, enzim aktif, ko-enzim, unsur surih, garam galian dan bioflavonoids. * Mudah dihadam dan amat mudah diserap. * Satu penggalak tenaga yang baik, ianya amat digemari para atlit untuk membantu mereka meningkatkan kekuatan, ketahanan dan tenaga. * Boleh membantu mengelakkan keradangan prostat. Zink penting bagi kesihatan prostat. Boleh membantu merangsangkan sistem reproduksi. * Magnesium penting untuk menolong mengawal atur tekanan. FOREVER BEE PROPOLIS * Propolis adalah bahan pembunuh kuman yang dihasilkan oleh lebah madu daripada gam, damar, kulit kayu dan bahan-bahan semulajadi lain yang diperolehi dari sekitan mereka. Lebah madu menggunakannya untuk melindungi sarang mereka daripada jangkitan. Bahan semulajadi ini boleh membantu memerangi kuman dan meningkatkan sistem ketahanan badan. Ia juga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti vitamin, galian dan enzim. Forever Bee Propolis adalah diperkayakan dengan jeli raja. * Mengandungi 22 jenis asid amino, Vitamin B-Kompleks boleh membantu menggalakkan sistem imun, mempertingkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan. FOREVER ALOE BERRY NECTAR * Formula berpaten ini amat digemari oleh pelanggan-pelanggan wanita kami tetapi ia juga adalah sesuai bagi lelaki. * Mengandungi Aloe Vera distabilkan 100% dan vitamin antipengoksida A & C yang boleh membantu membersihkan sistem gastrousus, menguatkan sistem imun, merangsang penyembuhan (pertumbuhan semula sel) dan mengurangkan keradangan. Ia juga bertindak sebagai bahantara yang amat baik untuk mengangkut nutrien yang terkandung dalam kranberi kepada sel-sel tubuh. * Flavonoid Proanthocyanidin yang boleh membantu menghalang bakteria berbahaya daripada melekat pada dinding saluran kencing, oleh itu menolong mengekalkan saluran kencing yang sihat dan menstabilkan hormon. * Tahap vitamin A dan C yang tinggi serta pycnogenol, antioksida yang berguna untuk melindungi kolagen. Kolagen memainkan peranan penting bagi mengekalkan keanjalan kulit. FOREVER ARCTIC-SEA OMEGA-3 * Kombinasi minyak ikan Salmon asli dan minyak Zaitun membekalkan asid perlu (EFA) Omega 3 dan 9, yang boleh membantu mempertingkatkan ketahanan badan, memelihara kesihatan kardiovaskular, memelihara kesihatan kullit, mengurangkan keradangan, mengawal atur fungsi sistem saraf dan meredakan kesakitan. EFA adalah lemak yang mesti diperolehi daripada diet anda. Gabungan minyak ikan dan minyak zaiton menjadikannya satu produk EFA yang seimbang dan berkesan. * Asid lemak perlu Omega-3 adalah baik untuk membantu mengekalkan kesihatan am tubuh. * Boleh membantu menjaga kesihatan kardiovaskular, mengurangkan tahap kolestrol buruk, memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. * Berpotensi membantu mengurangkan artritis, darah tinggi, kesukaran belajar dan masalah kulit. Saya bantu bagaimana anda boleh mendapat 15% - 35% diskaun untuk setiap produk Forever Living. Call / Whatsapp : ☎ 0137470408 #masalahprostate #kencingtaklawas #Kesihatanlelaki #FOREVERMASALAHPROSTAT

1 comment:

  1. Merit Casino - Play Online Slot Games for Real Money!
    Merit Casino is an online casino that is licensed by the Malta Gaming Authority and planet win 365 certified by the ミスティーノ UK Gambling Commission, and it is licensed 메리트카지노 by the Maltese

    ReplyDelete