Welcome to My Blog,SweetBajukurung merupakan My personal blog about Aktiviti Harian,Fesyen,Tutorial Jahitan,Bisnes Online,Wanita,Impian,Tips,Petua Dll.Semoga perkongsian di sini memberi 1001 manfaat dan ilmu yg berguna buat semua..Terima Kasih di atas kunjungan kalian, Free-free lepak lah kt sini lagi yerk...
Thursday, April 23, 2020
FOREVER untuk Kesihatan Prostat
Jika anda adalah seorang lelaki tetapi tidak tahu di mana letaknya kelenjar prostat anda ataupun fungsinya, anda bukanlah keseorangan. Mengapa anda perlu mengambil berat? Ini kerana secara global, lebih daripada 30 juta mengalami keadaan prostat yang menjejaskan kualiti kehidupan mereka.
Apakah itu kelenjar prostat?
Kelenjar prostat ialaah sebahagian dari sistem reproduktif lelaki. Ia terletak di bawah pundi kencing dan hanya di depan bahagian rektum. Fungsi kelenjar prostat adalah menghasilkan berdalir beralkali yang dirembeskan ke uretra semasa pembebasan air mani yang menyediakan satu medium tambahan untuk kemotilan sperma. Kelenjar prostat juga mengawalatur pengencingan.
Prostatitis
Prostatitis ialah keradangan pada kelenjar prostat. Terdapat 2 jenis prostatitis.
i. Prostatitis akut - Serius, keradangan mendadak pada prostat. Boleh jadi disebabkan jangkitan akibat kebersihan diri yang kurang baik atau penyakit kelamin. Simptomnya termasuk demam, kesejukan, sakit bahagian bawah belakang, pengencingan yang kerap dan sakit.
ii. Prostatitis kronik - Kerengsaan atau keradangan pada kelenjar prostat akibat jangkitan pada jangka masa yang panjang dan lama. Boleh jadi disebabkan oleh gaya hidup tidak aktif, kekerapan seks atau jangkitan saluran kencing. Simptom termasuk kekerapan jangkitan pundi kencing, kerap berkencing, dan sakit pada bahagian bawah abdomen atau belakang.
Pembesaran Prostat (Benign Prostatic Hyperplasia)
Pembesaran pada prostat adalah biasa di kalangan lelaki yang berusia lebih dari 50 tahun yang disebabkan oleh tahap testosteron (hormon lelaki) yang rendah; tahap testosteron yang rendah mengalakkan pembesaran sel pada kelenjar perostat. Simptomnya termasuk:
Inkontinens
Pengencingan yang lemah
Tidak dapat mengosongkan pundi kencing
Pembentukan batu karang pada pundi
Kesukaran memulakan pengencingan
Kurang libido atau keinginan seks
Jangkitan saluran kencing yang berulang
Produk Forever yang mengalakkan kesihatan prostat
Aloe Berry Nectar
❇️Aloe Berry Nectar mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% dan dipatenkan serta ekstrak kranberi
Aloe Vera mempunyai kompleks antrakuinon yang mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan penghilang kesakitan
Ekstrak kranberi kaya dengan proantosianidin. Proantosianidin boleh membantu menghalang bakteria berbaya daripada melekat pada dinding saluran kencing, oleh itu menolong mengekalkan saluran
Forever Bee Pollen
Debunga lebah adalah kaya dengan zink yang bermanfaat untuk kesihatan prostat dan sperma.
Debunga lebah membantu mengurangkan penghasilan dihirotestosteron (DHT) daripada testosteron; ini membantu melambatkan pertumbuhan tisu prostat yang berlebihan.
Forever Bee Propolis
Propolis lebah merangsang badan menentang mikrob, oleh itu dapat membantu mengurangkan masalah jangkitan pada prostat
Propolis lebah mempunyai ciri-ciri anti keradangan semulajadi
Propolis lebah kita menikmati kelebihan yang sama seperti produk-produk lebah kita yang lain yang benpunca dari gurun besar Sonoran di Arizona; rumah kepada beribu-ribu pelbagai jenis bunga dan pencemaran udara hampir tidak wujud.
No comments:
Post a Comment