Salam penuh kasih sayang dari SweetBajukurung....
Post kali ini khas untuk ibu2 yang sedang menyusukan anak ye...
Ramadhan semakin hampir, seringkali ibu2 yg menyusukan ank akan merasa bimbang
jika susu merudum tika di bulan Ramadhan..
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
- Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
- Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
- Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
- Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
- Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
- Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
- Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat, dan sebagainya.
- Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
- Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
- Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
- Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
- Pam susu sebelum sahur.
- Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
- Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
- Ambil milk booster jika perlu.
- Elakkan terlalu penat.
- Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
- Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!
ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI :
KLIK LINK DI BAWAH..
Milk Booster paling laris-Set 3M
TESTIMONI : KUMPUL 130 OZ STOK SUSU DALAM MASA 10 HARI
SUSU MENCURAH-CURAH DI BULAN PUASA
OH IBU! BAGAIMANA PUASA DAN PENYUSUAN ANDA?
PERSEDIAAN TERBAIK UNTUK PUASA
saya bakal merasai kali pertama susukan bby di bulan ramadhan. tq ngan info ini. saya nk minta share ye :)
ReplyDeleteHi bada...Tahniah kerana di beri nikmat utk merasai pengalaman menyusukan bby..semoga segalanya di permudhkan Allah..sila2 boleh share..
ReplyDelete