Photobucket

Bahan ILMIAH hari ini

Assalamualaikum W.B.T..
Salam Sayang semua...
saya doakan kalian semua dalam kasih sayang Allah...

Post kali ni sy nak kongsi  2 bahan Ilmiah hari ni,



Petang tadi saya pergi angsana,saje shopping apa yang patut sambil cuci mata dan lapangkan dada...
BADAN salah satu tempt yg sy sgt suka lepak2...cari buku2...
bukan nak jadi ulat bulu buku, tapi itu lah HOBI saya...

saya belum habis baca lagi tau, tp saya nak share apa yang saya telah baca supaya
dapat memberi manfaat untuk kalian juga...

Daripada Sahl bin Mu’az bin Anas daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajarkan satu ilmu maka dia memperolehi ganjaran pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan sedikitpun pahala orang yang melakukannya.” (HR Ibn Majah)

Maka sama-samalah kite menyebarkan ilmu yang berguna, semoga kehidupan kite terus bermakna.


 sedikit ulasan dari buku " Kenapa Harus Berzikir"
"Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam Hatimu dgn merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara pada waktu pagi dan petang"

Zikir dapat memberi kita ketenteraman dan ketenangan kpd hati dan psikologi kita, banyak sekali khasiat dan kelebihan samaada dr segi fizikal,mental dan spiritual.

"Ketika seorg menyebut nama Allah dgn hati dan lidahnya secara berulang2,ketika itu juga sesungguhnya dia sedang berzikir dan berdoa.Dengan menyebutnya berulang2 secara ikhlas org itu akan tenggelam dalam taman kasih sayang Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat"

Sedikit Ulasan Dari Buku " Bongkar Kekuatan Diri Bersandarkan Ar-Rahman"

Demi sebuah penghijrahan Runtuhkan kelemahan,Pasakkan Keyakinan.

Terokai dan kenal pasti kelebihan Diri, setiap kita di anugerahkan dgn pelbagai kelebihan.Bersama-sama itu juga mungkin terdapat beberapa kelemahan yg sudah sebati dgn diri kita. Individu yg ingin meningkatkan keyakinan sudah semestinya perlu fokus kpd kelebihan yg di miliki. Keistimewaan tersebut mesti di iktiraf dan di jadikan aset utk memajukan diri.

" Ya TUHANku, berikanlah aku ilham utk tetap mensyukuri nikmat-MU yg telah ENGKAU anugerahkan
kpdku,dan kpd kedua ibu bapaku utk mengerjakan amal soleh yang ENGKAU redhai,Masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dlm golongan hamba-hambaMU yang soleh" surah an-Naml :19.

Jangan menghina diri sendiri ,kita di larang menjadi musuh kpd diri sendiri usah sekali benarkan harga diri di pijak-pijak oleh bisikan hati sendiri.

Kadangkala bisikan2 itu adalah bisikan syaitan yg sentiasa cuba utk menyesatkan kita di samping menjauhkan diri drpd mengingati ALLAH. S.W.T

Sekian shj perkongsian mlm ini...
Selamat Malam...
"PERCAYALAH ...setiap org memiliki potensi yg tersndiri ,Berilah peluang kpd diri utk menggilap kebolehan yg di anugerahkan ILAHI..."(Peringatan utk diri sndiri juga)








No Response to "Bahan ILMIAH hari ini"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities