Photobucket

Hati yang bersih membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.

Assalamualaikum..dan Have a Good Day :))

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Di dalam diri manusia itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruhnya(jasad). Apabila ia buruk maka buruklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hati yang bersih akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.
Manusia itu adalah hamba yang lemah dan tidak terlepas dari melakukan sebarang dosa. Dosa-dosa yang dilakukan itu akan menyebabkab hati manusia menjadi kotor.dan kesan dari hati yang kotor itu pula menyebabkan hidup kita di selubungi kegelisahan,kesedihan,kemurungan kebimbangan dan ketidaktentuan serta membawa kpd minda dan sikap yang negatif.


Minda dan sikap saling berkait. Minda positif akan menghasilkan sikap positif. Minda positif menggerakkan perubahan sikap dan tingkahlaku sesuai dengan matlamat untuk mencapai kecemerlangan.
Perubahan sikap mesti didahului dengan perubahan minda.


Sebagai orang yang beriman kita wajib berusaha untuk sentiasa membersihkan hati kita dari sebarang kemaksiatan...dan saya memperingati diri saya sendiri dan sahabat2 semua untuk sentiasa berdoa kpd Allah.

"Ya Allah , bersihkan hati kami yang kotor ini, dan jauhkanlah kami dari syaitan yang sentiasa membisik-bisikkan perkara yang tidak baik"

"Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan,sifat pengecut kedekut,nyayuk dan azab kubur.Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana engkaulah sebaik2 tuhan yang menyucikan , engkau pelindung dan memeliharanya.Ya Allah aku memohon perlindungan darimu ilmu yang tidak bermanfaat,hati yang tidak kusyuk,nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak makbul"
(Riwayat Muslim)

Hati yang baik akan menjadikan seseorang itu mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Antara sifat-sifat terpuji itu adalah bersyukur atas segala nikmat, bersabar dengan ujian, kasih sayang sesama makhluk, bertakwa kepada Allah dan banyak lagi. Jika kita mempunyai sifat-sifat ini dalam kehidupan seharian, maka kita akan memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Marilah bersama untuk membersihkan hati kita melalui:-


1. Jaga Solat Fardhu 5 Waktu

Solat fardhu 5 waktu sehari semalam wajib lah dijaga. Walau macam mana susah sekalipun keadaan kita, ia wajib ditunaikan apabila telah masuk waktunya. Tiada alasan untuk meninggalkan solat fardhu ini. Jika ia dilakukan secara berjemaah adalah lebih baik. Besar pahala yang akan kita perolehi apabila melakukan solat fardhu 5 waktu secara berjemaah. Solat wajib 5 waktu ini adalah hubungan kita dengan Allah. Jika baik hubungan kita dengan Allah ini maka besar pahala yang akan kita perolehi. Jika solat dilakukan dengan sempurna ia akan dapat mencegah diri kita dari melakukan perkara yang keji dan mungkar.

2. Sentiasa Berdoa kepada Allah

Doa adalah senjata bagi orang muslim. Carilah waktu yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah. Antara waktu doa yang mustajab adalah selepas setiap kali kita melakukan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Berdoalah kepada Allah apa sahaja yang kita mahukan. Berdoalah supaya diberikan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Berdoalah supaya diampunkan dari segala dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini dan membersihkan hati kita dari segala kemaksiatan.

3. Bertaubat Atas Segala Dosa-dosa

Seorang manusia itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Dosa-dosa inilah yang akan mengotorkan hati manusia. Dosa akan menyebabkan seorang manusia itu semakin jauh dari Allah. Hati orang yang banyak melakukan dosa akan semakin keras dan sukar untuk menerima teguran orang lain atas dosa yang dilakukan. Tapi dosa-dosa yang telah kita lakukan boleh dibersihkan dengan melakukan taubat. Bertaubatlah dan sentiasa memohon ampun kepada Allah di atas segala dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Banyakkan beristighfar memohon ampun kepada Allah. Paling penting, janganlah kita mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

4. Banyakkan Berzikir Mengingati Allah

Bagi membersihkan hati, kita hendaklah selalu mengingati nama Allah. Apabila selalu mengingati nama Allah hati manusia itu akan menjadi tenang. Banyakkan menyebut nama Allah dengan berzikir setiap masa. Dengan berzikir akan mendekatkan lagi seorang hamba dengan penciptanya. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan zikir dalam kehidupan seharian. Jika zikir sentiasa menjadi amalan, kita akan beroleh ketenangan jiwa kerana hati kita sentiasa mengingati nama Allah setiap masa.

5. Rajin Membaca Al Quran

Kitab Al Quran adalah pembimbing kita ke jalan kebenaran. Al Quran adalah kitab yang akan menjadi panduan hidup kita dunia dan akhirat. Di dalam Al Quran Allah telah memberi panduan kepada kita tentang perkara-perkara yang wajib dilakukan dan perkara-perkara yang dilarang. Selagi kita berpegang kepada kitab Al Quran, kita tidak akan tersesat didunia ini. Apabila membaca Al Quran ia dapat memberikan ketenangan dalam diri kita. Jika kita rajin membaca dan memahami maksud ayat -ayat Al Quran kita akan beroleh pahala dan mendekatkan diri kita kepada Allah.

6. Sentiasa Melakukan Kebaikan

Banyak amal kebaikan yang boleh kita lakukan dalam di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa melakukan amalan kebaikan yang akan memberikan pahala kepada diri kita seperti menolong orang lain, rajin bersedekah, berbakti kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahim dan banyak lagi. Setiap amalan kebaikan yang kita lakukan didunia ini telah dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah. Kita juga akan merasa gembira jika dapat melakukan kebaikan dengan hati yang ikhlas. Ini kerana ianya satu fitrah semulajadi manusia yang suka kepada kebaikan.

7. Rajin menuntut Ilmu

Orang yang berjaya di dunia adalah orang yang berilmu. Untuk berjaya di akhirat juga adalah dengan berilmu. Ada banyak ilmu yang kita boleh belajar di dunia ini kerana ilmu Allah itu sangat luas. Disamping mengejar ilmu keduniaan jangan kita lupa kepada ilmu akhirat. Kita perlu sentiasa mendalami ilmu agama islam bagi memperkuatkan ketakwaan kita kepada Allah. Kita perlu rajin berusaha belajar ilmu-ilmu agama dengan menghadiri majlis ilmu dan kuliah agama yang diadakan dimasjid. Kita juga boleh belajar ilmu agama melalui buku-buku dan kita-kitab agama yang boleh dibeli di kedai. Ianya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada mahu belajar atau tidak. Tepuk dada tanya iman.

8. Menjaga Makan Dan Minum

Apa sahaja yang kita makan dan minum hendaklah dijaga dari mana sumber rezeki itu diperolehi. Kita wajib mencari rezeki dari sumber yang halal sahaja. Jangan mengambil makanan dan minuman yang berunsur haram kerana segala yang haram itu akan membawa seorang manusia masuk ke dalam neraka. Kita perlu berhati-hati kerana memilih apa yang kita makan dan minum kerana ia akan menjadi darah daging kita. Jika apa yang kita makan dan minum itu haram maka akan menjadi kotor dan gelaplah hati kita. Kita perlu bersihkan hati kita dengan mengambil makanan dan minuman dari sumber yang halal dan diberkati oleh Allah.

Credit to :layarsukses

Semoga kita sentiasa mencari Redha Allah...selamat beramal...

No Response to "Hati yang bersih membawa kebahagiaan dunia dan akhirat."

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities