Photobucket

Vitamin Yang Mana Patut Diambil???

Persoalan yang sering bermain di fikiran apabila menyentuh tentang vitamin dan mineral tambahan ialah : JENAMA YANG TERBAIK.

Kita mendapati banyak jenis vitamin dan mineral dari pelbagai jenama yang dijual di farmasi dan kedai ubat. Apakah kesemuanya sama? Apakah asas untuk memilih vitamin dan mineral terbaik?

1. Vitamin tersebut mestilah dari sumber semulajadi Vitamin generasi pertama dibuat secara sintetik, iaitu menjalankan proses kimia terhadap bahan-bahan tertentu termasuk tar, arang batu dan sebagainya, hingga menghasilkan bahan yang hampir sama dengan bahan aktif dalam vitamin. Misalnya, asid askorbik dalam Vitamin C. Sayangnya, asid askorbik yang diperoleh dari tindakbalas bahan sintetik samasekali tidak dapat menyamai asid askorbik ng didapati dari ekstrak buah-buahan.

2. Vitamin tersebut hendaklah lengkap Periksa label dan pastikan mutilvitamin mengandungi kesemua vitamin mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan (Jika keluaran USA biasanya mengikuti saranan USDRA). Begitu juga dengan vitamin lain seperti vitamin B Complex, hendaklah mengandungi kesemua 7 jenis vitamin B.

3. Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia Bagi vitamin dan mineral pasaran Malaysia, pastikan ia mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah sebagai jaminan bahwa vitamin atau mineral tersebut selamat untuk diambil.

4. Tarikh luput Periksa tarikh luput dan pastikan pada botol vitamin tersebut tercatat tarikh luputnya

Apakah pula Vitamin Semulajadi?

Vitamin semulajadi adalah vitamin yang dihasilkan melalui proses pengekstrakan, penyaringan dan pengeringan sesuatu bahan dari sumber semulajadi (buah-buahan, sayuran dan sebagainya) dan dijadikan dalam bentuk pil.

Berbeza dengan vitamin sintetik yang dicipta di dalam makmal, dari bahan-bahan bukan makanan yang menyamai unsur sesuatu vitamin, vitamin semulajadi mengambil semua elemen vitamin dalam sesuatu bahan dan menyingkirkan serat bagi memudahkan penyerapan. Proses pembuatan vitamin semulajadi lebih rumit dan memakan masa yang lama, terutama bagi jenis vitamin yang tidak menjalani proses pengeringan menggunakan karbon dioksida. Vitamin semulajadi lebih mudah diterima oleh tubuh manusia, kerana unsurnya yang menyamai makanan sebenar.


5.2 Keburukan Vitamin Sintetik Vitamin sintetik dibuat daripada bahan-bahan bukan makanan yang tentunya tidak sesuai dengan tubuh kita. Ia mempunyai unsur yang tidak lengkap menyebabkan penyerapan adakalanya tidak dapat berlaku dengan sempurna. Pelbagai kesan sampingan diketahui hasil pengambilan vitamin sintetik seperti kerosakan buah pinggang, tekanan tinggi dalam otak dan sebagainya.

Vitamin sintetik adalah seperti imej vitamin semulajadi dalam cermin. Serupa tapi tak sama. Perlu diingat bahawa vitamin sintetik bukan vitamin tetapi pecahan disintesis (bahagian) dari vitamin kompleks. Analogi di sini adalah seperti kita beli kereta, tapi penjual kereta memberi kita tayar dan mengatakan "Inilah kereta anda".

Jauh kan bezanya?

Atau nak makan tapi yang diberi adalah kulit telur.

Vitamin sintetik hanya mengandungi satu komponen vitamin sahaja, yang mana vitamin sebenarnya memerlukan bahan lain bagi membantu penyerapan. Di dalam sebiji limau misalnya, selain vitamin C ia mengandungi bahan-bahan lain.


Oleh itu vitamin C yang dihasilkan dari buah limau lebih mudah diserap dan diterima tubuh dari vitamin C semata-mata yang dihasilkan di makmal hasil sintesis bahan-bahan lain yang menghasilkan asid askorbik.

No Response to "Vitamin Yang Mana Patut Diambil???"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities