Salam Ramadhan..
Hari ni hari ke 3 kita berada dalam bln penuh keberkatan dan saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa..kepada semua pengunjung blog saya,semoga kita dapat perlipatan pahala amalan di bulan Ramadhan ini ..rasenye belum terlewat lagi utk ucap..maklumlah. hari ni baru sempat nak berblogging smula...:))
Alhamdulillah saya skrg telah berada di JB..setelah pulang ke kampung Di terengganu untuk menyambut awal Ramadhan bersama emak ayah n family yg di rindui...:))
saya bertolak dari terengganu selepas subuh semalam dan selamat tiba di JB lebih kurang pukul 1.30 tengahari ...Kami sempat singgah jap di pantai kelulut Marang utk menikmati keindahan ciptaan Ilahi di pagi hari...Erm...Damai sekali...Danish hampir2 nak mandi laut..huhuhu...
dia mmg suke mandi laut....tp kalau nak tunggu danish mandi kul 12 tghari agaknye baru dpt bertolak semula ke JB..hehehe...
Permandangan Indah di pagi Hari di pantai Kelulut Marang(agungnya ciptaan Ilahi)
My son :) Danish HaiqaL...seronok mcm nak mandi je katanye.
ei..habis basah seluar...:))
Danish Haiqal n My Hubby....
Checlist Amalan-amalan di bulan Ramadhan
# Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
# Menempah pakaian untuk Ramadhan.
# Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
# Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
# Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
# Solat berjemaah setiap waktu.
# Solat jemaah di masjid/surau.
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
# Sahur diwaktu akhir.
# Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
# Mandi Janabat sebelum Imsak.
# Kurangkan tidur.
# Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
# Tunaikan Solat Dhuha.
# Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
# Tunaikan solat Rawatib.
# Jaga pacaindera.
# Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
# Hadiri majlis ilmu.
# Buat baik pada ibubapa.
# Isteri hendaklah taat pada suami.
# Banyakkan bersedekah.
# Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
# Berbuka bersama orang tua.
# Jemput tetamu berbuka.
# Kurangkan berat badan.
# Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami isteri.
# Baiki hubungan jiran.
# Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
# Elakkan berbelanja berlebihan.
# Kuatkan kesabaran.
# Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
# Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
# Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
# Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
# Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
# Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
# Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
# Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
# Melazimkan solat waktu.
# Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
# Elakkan banyak berhutang.
# Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
# Tunaikan zakat fitrah.
sumber http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2051.0
Cara dan tips mencari dan mendapat keberkatan di bulan Ramadhan...
KLIK IMEJ DI BAWAH:
KedatanganMu di nanti...Ramadhan Al-mubarak
7:45 PM
Aziela
Posted in
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "KedatanganMu di nanti...Ramadhan Al-mubarak"
Post a Comment