Photobucket

YA, Keraplah mengucapkan "YA ZAL JALALI WAL IKRAM"

Terima Kasih kpdmu Ya Allah kerana Terlalu banyak nikmat yg engkau berikan ...kita harus sentiasa merenung betapa banyaknya nikmat2 itu...sehingga tidak terhitung....Dan Hendaklah sentiasa Menyucapkan ...TERIMA KASIH YA ALLAH.....ALHAMDULILLAH YA ALLAH....nescaya Allah akan sentiasa menambah nikmatnya kerana kita sentiasa bersyukur.

Hari ni saya terbaca kisah seorang sahabat yang membuatkan hati saya tersentuh dan menitiskan air mata,beliau di kurniakan anak istimewa yang tiada kaki dan terpaksa menunggu 6 bulan utk kaki palsu nya siap dan anak istimewa ini sgt gembira kerana kini beliau baru boleh merasa nikmat berjalan.

Petang2 sambil tunggu anak balik skolah saya luangkan masa 15-20 minit utk telaah buku "Jangan Bersedih"...belum khatam lagi..hehehe baru masuk m/s 234...
ingin saya kongsikan buat sahabat sekalian ..bab kali ini menyeru kita lebih kerap dan banyak-banyak mengucapkan "YA ZAL JALALI WAL IKRAM"

Rasulullah pernah bersabda"banyak-banyaklah mengucap " YA ZAL JALALI WAL IKRAM"
dengan kata lain kamu mesti benar2 mengamalkan hadis ini, membanyakkan mengucapkannya dan sentiasa membacanya.

Ucapan Serupa tetapi mempunyai nilai yg lebih besar " Ya hayyu,Ya Qayyum.
Itu adalah nama Allah yg teragung yg jika di seru dgn nama ini maka Allah akan mengabulkannya dan jika di mohon Dia akan memberi.

Itulah sebabnya si hamba perlu menyeru ,memohon bantuan dan membiasakan diri mengucapkannya supaya dapat melihat jalan keluar ,kemenangan dan kebahagian.

okey setakat ni aje perkongsian hari ini..kesimpulannya mulai hari ni keraplah mengucap "YA ZAL JALALI WAL IKRAM"

2 Response to "YA, Keraplah mengucapkan "YA ZAL JALALI WAL IKRAM""

Nurul Nazihah said...

mohon share:)

Unknown said...

Menarik dan terima kasih

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities