Photobucket

PALSU-Email Phising dari Cimb Bank dan maybank2u

Usah cepat terpedaya dengan Email palsu dari maybank2u.Biasanya maybank yang sering menjadi sasaran scammer untuk membuat email phising. Cimb merupakan bank yang berada ditangga kedua sasaran phising. Suka saya ingatkan bank tidak akan menghantar sebarang email jika sistem mereka bermasalah.apatah lagi menghantar email meminta anda verify akaun anda ye....jadi hati2.jika anda ada menerima email yang konon2nye dari cimbcliks atau maybank2u dan mengatakan akaun anda bermasalah abaikan atau terus delete.

saya di pahamkan email yang dihantar kepada anda sebenarnya bukan daripada CIMB. Sebaliknya daripada scammer atau Nigerian Scammer. mungkin pelajar Nigeria yang berada di negara ini. Ini adalah kerana hanya mereka yang berada di negara ini boleh membuka akaun di Malaysia.Sistem perbankan Malaysia mengamalkan sistem tertutup bagi mengelakkan ia dieksploitasi bagi pengubahan wang haram atau aktiviti penganas.

Contoh email Phising :-


Manakala url bagi laman web phising ini adalah:


Contoh email Phising yang terbaru:-



sama-sama ingatkan kpd rakan-rakan dan keluarga kita supaya tidak terpedaya oleh sendikit ini.Biasanya dia didalangi oleh warga Afrika seperti Nigeria, Liberia, Sierra Leon dan sebagainya serta dibantu oleh warga tempatan yang menjadi transit untuk menerima wang daripada akaun bank dari Malaysia.


Jika terpedaya akan membawa padah ..ikuti artikal dari harian metro:-

KUALA TERENGGANU: Terpedaya dengan e-mel yang disangka datangnya dari sebuah bank, seorang lelaki kerugian RM700 apabila dia mengemas kini data akaun bank miliknya mengikut arahan yang tertera dalam Internet, Ahad lalu.

Mangsa yang berusia 32 tahun dan berasal dari Dungun mengemas kini akaun miliknya melalui Internet dengan mengikut arahan tertera dalam e-mel berkenaan.Bagaimanapun dia curiga selepas itu kerana sebelum ini bank berkenaan tidak pernah meminta pelanggannya membuat kemas kini akaun melalui Internet dan memberi arahan menerusi e-mel.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Azmi Adam, berkata mangsa memeriksa akaun simpanannya pada hari berikut dan mendapati ia berkurangan RM700.
“Terkejut dengan kehilangan wangnya, mangsa membuat semakan dengan bank dan diberitahu dia sudah membuat urusan dengan laman web palsu.
“Pihak bank mendakwa tidak pernah mengarahkan pelanggannya membuat kemas kini akaun menerusi internet dan tidak memberi sebarang arahan kepada pelanggannya menerusi e-mel,” katanya.

Beliau berkata, merasa tertipu dengan keadaan berkenaan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Paka pada jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu.
“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tindak balas apabila menerima sebarang e-mel daripada mana-mana pihak untuk mengelak daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

“Apabila dihubungi pihak bank melalui internet, orang ramai yang merasa curiga mesti menghubungi bank berkenaan untuk mendapat kepastian mengenai kesahihan e-mel diterima,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana capaian kepada sistem komputer tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan kesalahan.

petikan :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PadahpercayaarahanInternet/Article/index_html

No Response to "PALSU-Email Phising dari Cimb Bank dan maybank2u"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities