Photobucket

Dasyatnya Impak Bersedekah



Terima Kasih Ya ALLAH...kerana kita masih di beri peluang untuk hidup sehingga ke hari ini...ALHAMDULILLAH...

bersama kita bermuhasabah diri di Hari Jumaaat paling mulia dan penghulu kepada segala hari.

Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya:

“Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah)

* Terselamat daripada bala bencana. Anas bin Malik menjelaskan katanya: Rasulullah SAW bersabda: Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah.” (riwayat Baihaqi)

*Seseorang itu akan dipanjangkan umur dan dicegah baginya kematian yang buruk. Amru bin Auf menceritakan: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk.” (riwayat Tabrani)

* Dosa seseorang itu dihapuskan Allah. Hal ini dijelaskan oleh Jabir bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sembahyang itu dapat mendampingkan diri dengan rahmat Allah dan membawa keredaan-Nya, dan puasa menjadi perisai kejahatan, manakala sedekah pula menghapuskan dosa seperti air memadam api.” (riwayat Abu Ya’la)

Bersedekah sebaiknya dilakukan tanpa diketahui orang atau rahsia.sebuah riwayat menyebutkan bahwa pahala bersedekah secara sembunyi berlipat sebanyak tujuh puluh kali jika dibandingkan pahala sedekah yang terang – terang.

Rasulullah SAW bersabda : “Sedekah Rahsia Memadamkan Kemurkaan ALLAH”

Tidak ada perkara yang lebih besar dari kemurkaan Allah SWT dan tidaklah kemurkaan itu boleh dipadamkan kecuali oleh sedekah yang rahsia.kerana sedekah yang rahsia itu dipandang lebih besar di sisi Allah.

Allah berfirman dalam surat Al- Baqarah ayat 271 : “Jika kamu menampakan sedekah (mu), maka itu adalah baik sekali.Dan jika kamu menyembunyikanya dan kamu memberikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu.Dan Allah akan menghapuskan dari kamu kesalahan – kesalahan ; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat:

1.Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
2.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
3.Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung di bawahnya atau makan buahnya, anda mendapatkan kebaikan. 5.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
6.Berbagi bacaan yang membangun dengan seseorang.
7.Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
8.Berbagi CD Quran atau Do'a.
9.Bantulah pendidikan seorang anak.
10.kongsikan pengetahuan ini dengan orang lain.

=======================================================
Kisah dan iktibar keajaiban amalan bersedekah
=======================================================

kisah ini saya copy dan paste dari kisah benar rakan2 sebagai sama-sama memperingati antara satu sama lain
tentang keajaiban amalan bersedekah semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dari Ilahi....


Kisah benar :
dari Iera bertajuk:Minta Sedikit,Saya nak makan nasi..

Tiba - tiba iera teringat cerita sedih masa kat mydin mall,k.terengganu minggu lepas..masa tu,baru je hari pertama pulang ke rmh kami (rmh sendiri,bukan rmh mak ayah).lebih kurang pkul 6 ptg,iera n suami berjalan2 kat mydin mall.masa tu baru je lepas azan magrib..kami ke surau dulu untuk tunaikan solat magrib,selesai solat suami ajak makan dulu..dah penat pilih2 nk makan ape,akhirnya kami pilih nk mkn sizzling..iera duduk kat meja untuk tgu en suami beli air..tiba2 lalu sorg pakcik..die tak tua sgt n tak muda sgt..badan kurus n tak bermaya..die berjalan2 kat tmpat orang makan n yang penting die tak minta sedekah (hulur tangan nk mintak duit) tp die cume ckp pelahan2 "Minta Sedikit,saye nk makan nasiiii.." masa pertama kali tgk pakcik tu lalu lagi,iera dah rase kesian sgt2..hati rase sebak sgt2..die lalu dua tiga kali gak n ulang perkataan tadi "Minta Sedikit,saye nk makan nasiiii..
" masa tu hati iera makin sebak n nk hulurkan duit pada pak cik tu tp ape kan daya, suami suruh makan dulu n kata suami,kjp lagi baru bagi..tp iera dah tak leh nk telan skit pun sizzling tu sebab kesian sgt2 tgk pak cik tu..(camne nk telan sizzling tu sedangkan ade hamba Allah yg kelaparan tak dapat makan lagi2 depan mata kita sendiri).Akhirnye,pak cik tu keletihan (mgkin disebabkan lapar) dan berhenti duduk betul2 depan meja iera (iaitu belakang en suami sebab en suami duk berhadapan dengan iera)..rupanye en suami pun kesian kat pak cik tu n tgk isteri die yg dah tak leh nk telan skit pun sizzling tu sedangkan td isteri die beria-ia sgt nk mkn sizzling tu..en suami pun hulurkan rm5 kat pakcik tu..betul2 cepat,pak cik tu terus pakcik ambk n p beli sizzling dgn harga rm5 sama cam ape yg kami makan.(sizzling kat situ semenye hrga rm5).pak cik tu makan sizzling yang tengah panas berasap - asap lagi tu..
masa tu air mata iera ni dah tak leh nk tahan lagi,terus keluar mencurah - curah..dalam hati, iera pun berasal dari family yang susah tp rupanya ada lagi org yang lebih susah dari iera..tgk cara pakcik tu makan, mmg die betul2 lapar n kesian lak die takde air..iera tgk air milo yg wady belikan untuk iera tadi,mmg dah takleh nk telan jugak air tu..rupanye en suami duk perhatikan iera dari td..die pun bangun dan bg air milo die kat pakcik tu..bile dah siap makan n minum,pak cik tu bangun dan pergi ke meja kami n ucapkan terima kasih(dalam hati..mane ade peminta sedekah makan betul2 depan kami dan pergi balik ke meja org yang beri sedekah untuk die semata - mata nk ucap terima kasih)..masa tu jugak rase nk bg lagi beberapa ringgit kat pakcik tu untuk die makan malam..tp apakan daya,pak cik tu dah pergi jauh..

Nota dari Iera:
kami bagi pak cik tu RM5 tp hari ni tuhan bg iera RM500..Alhamdulillah..bukan nk cakap pasal ganjaran tp fikir2kan lah kalau la ayah,abang atau family kite yang sedang meminta makan camtu,ape tindakan kite?..sesungguhnye siapa pun org yang minta dari kite sesuap nasi,die adalah saudara kite..bukankah kite saudara seagama? Cucu nabi Adam a.s
sumber:ierawady87.blogspot.com

No Response to "Dasyatnya Impak Bersedekah"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities