Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang!
Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang! Saya pasti ramai yang teruja dengan peraduan yang bakal berlangsung dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010 nanti. Apa tidaknya, pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM70 ribu menanti para pemenang.
Peraduan ini disasarkan kepada golongan pelajar sekolah dan remaja sempena musim cuti sekolah. Ia juga terbuka kepada semua individu yang berusia 7 tahun ke atas. Ini bermaknanya, golongan dewasa, ibubapa, warga emas juga berpeluang menyertai peraduan ini.
PTS berharap program seumpama ini dapat menggalakkan khususnya para pelajar dan remaja menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti utama semasa musim cuti sekolah. Peraduan yang julung-julung kali dianjurkan oleh PTS ini bakal menjadi acara tahunan setiap kali tibanya musim cuti sekolah hujung tahun.
Banyak hadiah menarik disediakan untuk para pemenang. Saya pasti golongan sasar iaitu pelajar dan remaja menyukainya. Antara hadiah yang menanti mereka ialah telefon bimbit jenama Nokia dan Sony Ericson, PSP, PS2, iPod, Nintendo, kamera digital, netbook, dan lain-lain. Selain itu, setiap pemenang hadiah mingguan turut akan menerima buku-buku terbitan PTS bernilai RM100 setiap seorang.
Bagi pemenang hadiah utama pula, mereka bakal menerima hadiah berupa barangan elektronik berserta set perpustakaan mini bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000. Apa yang menarik, para pemenang boleh memilih sendiri buku apa yang mereka suka daripada beratus-ratus judul buku terbitan PTS.
PTS turut menyediakan hadiah mingguan khusus kepada sekolah yang menang penyertaan pelajar sekolah paling ramai setiap minggu. Hadiahnya berupa buku PTS bernilai RM3,000. Sekolah yang memenangi hadiah ini bolehlah menjadikan hadiah buku itu sebahagian daripada koleksi buku di perpustakaan sekolah buat bacaan para pelajar.
Peraduan yang dianjurkan ini cukup mudah untuk anda sertai. Anda cuma perlu beli buku PTS dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dan anda sudah layak menyertai peraduan ini. Dapatkan borang peraduan daripada kedai buku yang menyertai peraduan ini, jawab 3 soalan dengan betul, tulis slogan yang kreatif dan isi maklumat diri.
Selepas itu, apa lagi…masukkan borang peraduan ke dalam kotak yang disediakan di kedai buku ataupun hantar terus borang peraduan kepada PTS. Jangan lupa kepilkan bersama resit asal sebagai bukti pembelian.
Peraduan Saya Mahu Menang Hadiah PTS: Baca & Menang! ini mendapat kerjasama daripada lebih 200 kedai buku seluruh Malaysia. Jadi kepada tuan-tuan dan puan-puan yang mempunyai anak-anak, jangan lepaskan peluang ini dengan membawa anak-anak ke kedai-kedai buku berhampiran bagi membeli buku PTS.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila klik butang-butang berkaitan pada laman mikro ini. Anda juga boleh mengajukan sebarang soalan mengenai peraduan ini dengan mengklik butang ‘Hubungi’.
Selamat membaca pada musim cuti sekolah dan selamat menyertai Peraduan Saya Mahu Menang Hadiah PTS: Baca & Menang!
MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI SINI
Sumber: http://pts.com.my/index.php/peraduan
No comments:
Post a Comment