Melihat saudara-mara mahupun sahabat-handai meraih kejayaan memang menyeronokkan.tentu anda pun turut sama menumpang bahagia walaupun jauh di sudut hati timbul sedikit kesal kerana gagal berjaya sepertinya.namun usahlah kecewa mahupun berduka.
Tip berikut mungkin akan membantu anda menjadi wanita berjaya.
1- Buang Jauh Fikiran Negatif.
Berfikiran negatif tidak akan membawa anda ke mana-mana.ia ibarat racun perosak kejayaan anda.kenalpasti fikiran2 negatif,buangkan jauh2 lawan dan kalahkan ia.bayangkan kejayaan yang bakal di raih.
2- Tangani Ketakutan
Takut dan bimbang acap kali merencapkan langkah untuk berjaya.Tanggani dengan baik, usah biarkan ia menguasai diri dan minda anda.Sebaliknya yakinlah bahawa anda mampu melakukan yang terbaik dan mencuba bersungguh2.
3- Tekun dan jujur
Tekun dan ikhlas menjalankan tugas adalah kunci utama kejayaan,ini bermakna setiap tugas yang di lakukan hendaklah di buat dengan penuh keikhlasan & berkualiti tanpa merungut.kebanyakkan wanita yang berjaya biasanya adalah dari kalangan mereka yg gigih & mempunyai daya tekun yg tinggi.
4- Inspirasi & Motivasi
Inspirasi membentuk motivasi. ia akan mempengaruhi hala tuju kejayaan anda.Utk berjaya cuba dptkan idola daripada ikon dalam bidang yg sama.jadikan ia sbg "role Model" anda.
5- Kuasai Ilmu & Kemahiran
Tidak kisah apapun bidang yg di ceburi,penguasaan ilmu dan kemahiran amat penting untuk anda meraih kejayaan.Usah segan silu utk menerokanya w'pun terpaksa meminta bantuan daripada orang bawahan anda.Timbalah lebih byk ilmu dan kemahiran.Jadi bersedia utk menghadapi peredaran waktu dan menerokai sesuatu yg baru.
6- Cekal Hati,Kuatkan semangat
Tidak mudah untuk menjadi orang yg berjaya kerana halangan yg bakal di terima bukanlah sedikit.Cubalah bersikap tabah dan kuatkan semangat agar tidak terpengaruh mahupun terduduk dgn setiap kekalahan.Latihlah diri agar sentiasa bersikap rasional dalam apa jua situasi.
7- Usah Berlengah
Usahlah sesekali berlengah dalam setiap tindakan dan perancangan.Ingatlah setiap detik amatlah berharga dan bermakna.Usahlah menjadikan emosi anda sebagai punca membazir waktu.
8- Rancang & Jadualkan
perancangan yg rapi cukup penting kerana ia menentukan sejauh mana kelancaran tugasan anda.Selesai merancang ,buatlah jadual dan senaraikan tugas mengikut tuntutan keperluan serta kepentingan .Jadilah seorang individu yg berdisiplin dgn melaksanakan tugas berdasarkan jadual tersebut.
9- Muhasabah Diri
Bukan mudah utk menilai diri, lebih2 lagi kalau di lakukan oleh individu lain. Namun cuba bersikap rasional, tenang dan kuat.Anggaplan ia sbg suntikan semangat utk berjaya.Kenal pasti kelemahan dan kekuatan diri.cuba perbetulkan kelemahan dan kesilapan.
10- Katakan TIDAK pada Kegagalan
Walauapapun yg terjadi , janganlah berputus asa,jgn pula mudah mengalah.lebih2 lagi kalau anda belum mencuba.Meskipun anda pernah mengalami kegagalan namun tidak bermakna kerjaya anda telah berakhir.Sebaliknya jadikan kegagalan sebagai permulaan utk mengecap kejayaan.
salam perkenalan...
ReplyDeletejom jalan-jalan ke blog sy---->http://bit.ly/1pQemPp