Kali ini saya kongsikan Tutorial membuat Leher Baju kurung.
Mula-mula Gosok pada bahagian bahu yang telah di cantumkan.
Lipat 2 badan baju, guntingkan sedikit untuk lubang tengah .
lipat pelapik bergam seperti gambarajah di atas.
Letakkan acuan ukuran yang di kehendaki.di buat dengan kertas keras.
Lukis mengikut bentuk acuan kertas( spt gambarajah diatas)buat lubang kecil seperti gambarajah di atas.
buat lakaran untuk basi yang di kehendaki ( 1 1/4 @ 1 1/2 inci)
Tandakan untuk panjang belahan leher ( 4 inci)
naikkan 1/2 inci dari garisan bwh,tandakan. ( spt gambarajah)
Gariskan (spt gambarajah)
Gunakan kertas karbon dan penyurih untuk tandakan bahagian bwh pelapik.(spt gambarajah)
Guntingkan pelapik.
Gariskan pada bahagian tengah utk panjang belahan (4 inci)
Gosok permukaan bergam dengan kain (kain adalah bahagian dalam)
Guntingkan dan jahit tepi.
Guntingkan lubang kecil di bahagian yang telah di tanda pada pelapik tadi.
pelapik leher yang telah siap.
letakkan pada badan baju( badan baju adalah bahagian luar).
buat ukuran untuk pastikan pelapik berada di tengah-tengah badan baju.
peniti pelapik dengan badan baju.Jahit mengikut garisan (spt gambarajah)
Jahit Mengikut garisan bulatan ( spt Gambarajah)
Guntingkan bahagian tengah bulatan.( basi 2 hoon )
berhati-hati menggunting bahagian belahan sehingga ke hujung.
Terbalikkan dan gosok dengan teliti.Gosokkan juga bahagian luar untuk mendapatkan hasil yang cantik dan kemas.
ermmm...dah siap pun ....senang je kan....
Ni la baju kurung Pesak Gantung Yang telah siap.
Saya Harap Anda semua memahami dan boleh ikuti tutorial ini yer...:))
Selamat Mencuba..
Semoga berjaya ....
TUTORIAL CARA MENJAHIT LEHER BAJU KURUNG
10:56 PM
Aziela
Posted in
Tutorial Cara Menjahit Leher Baju Kurung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 Response to "TUTORIAL CARA MENJAHIT LEHER BAJU KURUNG"
Saye dh try and siap pun! Thanks sgt sbb post tutorial nih.. Ske sgt hasilnye! :D
http://sewmeperfect.blogspot.com/2010/08/completed-my-1st-baju-kurung.html
oh ye ke....TQ sudi lawat blog saya....n Tahniah kerana berjaya...
hmm bagus la post nih.. sgt membantu
Nur...Terima Kasih ...
Good Luck...
tQ 4 such a good tips! Sy dah cuba n dpt hasilkan leher baju dgn cepat. Cuma nk tanya cmner nak kemaskan dan hilangkan kedut2 disepanjang leher terutama pd bucu hujung belahan di leher.
Hrp dpt membantu.
BABYBARB
terima kaseh..tq fr the info.cuma bahgian pesak mcm mana nk di bentukkan
Salam.nk tanya,nk jahit leher tu,bahagian lapisan baju nk kena ptg siap2 ke? ;-)
tq selesai masalah saya nk buat leher ajarla potongan kurung moden .boleh show cepat sikit tak saya tak sabar ni....semoga berkat ilmu yg d beri wassallam
Salam, terima kasih atas info yang menarik dan untuk langkah-langkat untuk menjahit lapik baju kurung sangat mudah untuk diikuti.
Assalamualaikum, Alhamdulillah dan jazakIllah untuk tutorial yang mudah dan senang difahami. Boleh sy tanya, lubang kecil di atas kain gam adalah sepadan dgn lubang yg kite potong pada kain baju. Cumanya sy nak tanya berapa ukuran untuk membuat penandaan ya? JazakIllahu khairan
Post a Comment