Sunday, August 9, 2009

TIPS JAHITAN KEMAS

================================================================================
BRIEF HISTORY OF BAJU KURUNG
The Baju Kurung for women, like the Baju Melayu for the men, is said to originate from the Malaysian state of Johore about 200 years ago and is said to be styled and fashioned by the late HRH Sultan Abu Bakar of Johore in 1866.The baju kurung is one of the more popular type of costume compared to the others. It is a form of costume that covers the body and looks presentable.The baju kurung associates to the more courteous and shy section of the Malay community. Furthermore, it covers the whole body, exposing the face and hands only, which which abides by the Islamic dress code.A few variations of baju kurung include the baju kurung labuh, baju kurung moden, baju kurung cekak musang, baju kurung Kedah ,baju kurung piping baju kurung Pahang etc.Nowadays, the baju kurung can be found in lots of forms. It has evolved with the wearer’s taste and the flow of time.The most populor fasion of baju kurung today is baju kurung pahang, is the Pahang traditional Malay costume for women.ts simple cut is suitable for all, irrespective of race, anywhere in the world. No wonder then, in the streets and malls of modern Pahang and Malaysia, you can still see the Baju Kurung in all its splendour worn by women. Well, a thing of beauty is really a joy forever.Besides adding extra elegance, simple beauty and style to the wearer, the Baju Kurung, since it is loose fitting, is very comfortable to wear in the hot and humid weather of the equatorial climate.
===================================================================================

TIPS JAHITAN KEMAS

Ramai orang yang boleh menjahit, tetapi tidak semua orang mempunyai skill jahitan yang kemas,jahitan yang kemas akan memberikan hasil yang cantik dan menarik.
bagi saya kepuasan menjahit ialah apabila kita mendapat hasil jahitan yang kemas dan cantik.Untuk mendapat kekemasan jahitan, banyak faktor perlu diambil kira:

1. Proses menanda di atas pola pakaian, mestilah terang dan senang nampak supaya apabila hendak dijahit nanti tidak berada diluar daripada garisan pola. Selalunya saya tanda gunakan kapur untuk kain kapas dan gunakan roda surih bersama kertas karbon bagi kain licin dan lembut.cara ini memudahkan proses jahitan.


2. Jenis jarum yang digunakan mestilah bersesuaian. Seperti jarum nombor 80/11 untuk kain yang nipis atau jenis kebanyakan kain kita buat baju kurung. Kain jeans yang tebal , kain langsir tebal atau ketika hendak menjahit balkrum/ pita bersama getah sesuai gunakan jarum besar 100/16. Mata jahitan akan nampak satu-satu dan tidak menjadi longgar.

3. Gosok pada setiap bahagian yang di jahit contohnya, bahagian pesak yang di sambungkan dengan kekek dan juga lengan baju.pastikan gosok dengan teliti supaya dapat hasil yang cantik, setelah itu barulah sambungkan bahagian pesak tadi dengan badan baju.setelah siap cantumkan gosok sekali lagi.

4. Kesesuaian lebar mata jahitan. Jarak yang cantik dan kemas antara 2.5 mm ke 3 mm untuk pakaian. Jarak 4 mm ke atas selalunya sesuai untuk cadar atau langsir. Jarak 2mm sesuai untuk tikam leher baju kurung supaya apabila diterbalikkan fasing akan jadi tajam dan kemas di bucu.

5. Jenis tapak mesin jahitan. Jenis tapak mesin juga mempengaruhi cara kita menjahit pakaian. Seperti tapak lurus, akan memudahkan kita jahit lurus. Gunakan tapak zip untuk menjahit zip supaya dapat jahit rapat dgn zip. Tapak zip juga boleh digunakan ketika hendak menjahit pita getah di pinggang.

6. Ketegangan benang di mesin jahit dan gelendung/sekoci. Ketegangan benang penting untuk mendapatkan mata jahitan yang cantik dan kemas. Selalunya untuk kain yang licin dan lembut, ketegangan perlu dikurangkan seperti brand Singer (kurang drp 4). Jikalau kain langsir atau cotton seeloknya dilaraskan pada 3.5 ke 4 atau 5.


Selamat Mencuba! semoga berpuas Hati.....:)

2 comments:

  1. blh tunjukkan cara nk jahit dan sambung dibahagian pesak,kekek dan tangan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian tipsnya

    www.facebook.com/normalapakarjahitanbajukurungmoden/

    ReplyDelete