Photobucket

TEKNIK MUDAH MEMOTONG KAIN


WELCOME TO SWEET BAJU KURUNG COLLECTION.

Hari ini saya akan tunjukkan cara yang paling mudah untuk memotong baju kurung.
sebenarnye..ada banyak teknik memotong kain, dari yang basic sehinggalah peringkat Pro.di sini
saya akan tunjukkan cara yang basic dan paling cepat.Teknik hanya perlukan mase antara 30 minit atau kurang dah bleh siap memotong sehelai kain utk sepasang baju...waa...cepat tak?...hehehe

Tips: Teknik ini sesuai di gunakan untuk kain yang bercorak bunga kecil atau abstrak, bergantung kepada corak kain jugak la yer...sebelum memotong kain baca bismillah dulu ok....supaya kita tak tersilap potong..huhuhu...





Gambarajah 1


Gambarajah 2

1) Mula2 samakan hujung kain.cara nak samakan hujung kain
anda boleh gunting sedikit sahaja pada hujung kain(1/4 sahaja)
then tarik benang sedikit demi sedikit sambil gunting
kain tersebut mengikut garisan benang yang di tarik tadi,sehingga ke hujung kain( rajah 1&2)

Tips: teknik tarik benang ni tidak semestinya sesuai untuk semua jenis kain,
bergantung pada jenis kain juga,ada kain bila kita tarik benang akan menyerong
jika terlalu banyak menyerong , bermakna teknik menarik benang tidak boleh
di gunakan untuk memotong kain tersebut.

Gambarajah 3


Gambarajah 4
2)kita mula memotong untuk kain hadapan+Kain belakang.buat ukuran untuk labuh kain.
tanda dengan kapur kain, gunting sedikit di tempat yang di tanda,
tarik benang seperti gambarajah , kemudian gunting mengikut garisan
benang yang ditarik sampai ke hujung kain.

rajah di atas menunjukkan bahagian kain hadapan+belakang yang telah di potong.(KAIN 1)

Gambarajah 5

3) guntingkan bahagian label kain untuk di buang, Rajah 5.



Rajah 6

4) buat ukuran bahu (Rajah 6)

FORMULA: ukuran bahu = 15 inci + 1 inci (untuk basi )
jadi ukuran bahu + basi = 16 inci
Tandakan dengan kapur.





Gambarajah 7

5) buat ukuran labuh baju (Rajah 7)

FORMULA : labuh baju = 38 inci
Tips 1: sekiranya ingin potong bahu ,basi perlu di tambah = 2 inci
basi 2 inci adalah untuk bawah baju = 1 1/2 inci dan jahitan
bahu = 1/2 inci.

Tips 2: Tanpa potong bahagian bahu, basi perlu di tambah = 1 1/2 inci ( untuk bawah baju )

dalam pembelajaran ini saye menggunakan tips 1 iaitu memotong di bahagian bahu.

semua ukuran hendaklah ditanda, di tarik benang dan di gunting.



Gambarajah8

6) gambarajah8 menunjukkan 1 keping badan baju sudah siap di potong.


Rajah 9

7) ulangi langkah 5 untuk dapatkan 1 keping badan baju lagi-Rajah 9

Rajah 10
8) gunakan baki kain yang di potong badan baju tadi untuk di gunakan buat ropol/susunan kain.ukur labuh kain ,tanda dengan kapur,tarik benang, potong hingga ke hujung.(KAIN 2)-Rajah 10



Rajah 11
9) seterusnya buat ukuran untuk labuh pesak.

FORMULA: Labuh baju + basi - lebar lengan
labuh baju = 38 inci
Basi = 2 inci (potong bahu)
Lebar Lengan = 8 inci
= 38 inci + 2 inci - 8 inci
Labuh pesak baju = 32 inci
# buat ukuran pada kain 32 inci, tandakan, tarik benang, gunting mengikut garisan benang yang di tarik sehingga ke hujung.



Rajah 12

9) gambarajah 12 menunjukkan bahagaian pesak yang telah di potong.kemudian lipat 4 bahagian pesak tadi.




Rajah 13

10) buat ukuran Pesak atas-Rajah 13

FORMULA: Pesak atas + 1 inci (untuk basi jahitan)
= 1 1/2 inci + 1 inci
Pesak atas = 2 1/2 inci
-tandakan dengan kapur.


Rajah 14
11) buat ukuran Pesak Bawah- Rajah 14

FORMULA : Pesak Bawah + 1 inci ( utk Basi Jahitan)
= 4 inci + 1 inci
Pesak bwh = 5 inci
Tandakan dengan kapur.



Rajah 15
12) Tandakan Tengah Pesak
FORMULA : labuh pesak di bahagikan 2
labuh pesak = 32 inci di bahagi 2 = 16 inci
Tandakan dengan kapur.


Rajah 16

13) Lebar Pesak Tengah-Rajah 16

FORMULA : (Pesak atas + basi) + (Pesak bwh + basi) / 2
Pesak atas = 2 1/2 inci + 5 1/2 inci = 8 inci / 2
Lebar Pesak tengah = 4 inci
Tandakan dengan kapur.


Rajah 17

Rajah 18

14) Gunakan pembaris untuk membuat garisan. buat garisan bermula dengan lebar pesak bawah ke lebar pesak tengah dan seterusnya ke lebar pesak atas.(Rajah 17 & 18)



Rajah 19

15)gambarajah menunjukkan lakaran untuk pesak.gunting mengikut garisan yang telah di buat.


Rajah 20


Rajah 21
16) pada bahagian pesak atas,dari hujung buat ukuran 5 inci dan gunting ,rujuk gambarajah 20&21


Rajah 22

17) seterusnya kita perlu memotong bahagian tangan pula.
buat ukuran lebar lengan.-Rajah 22

FORMULA: lebar lengan + 1/2 untuk basi
lebar tangan = 8 inci + 1/2 inci
Lebar tangan = 8 1/2 inci X 2 = 17 inci
Tandakan dengan kapur.


Rajah 23

18) buat ukuran untuk labuh tangan pula-Rajah 23

FORMULA : labuh tangan + 2 inci (basi)
labuh tangan = 21 inci +2 inci = 23 inci.
Tandakankan dengan kapur , tarik benang, potong .



Rajah 24
19) contoh potongan utk lengan baju=Rajah 24

Rajah 26
20) Bahagian tangan di lipat 2- Rajah 26
Dari bahagian pangkal lengan , buat ukuran 6 inci, tandakan.


Rajah 27

21) buat ukuran pada hujung tangan,untuk bukaan tangan.
FORMULA: Bukaan tangan + 1/2 (basi)
bukaan tangan = 6 1/2 inci + 1/2 inci
= 7 inci


Rajah 28
22) buat garisan seperti gambarajah 28




Rajah 29
24) Gunting mengikut garisan.Rajah 29


Rajah 30
25) buat ukuran untuk 1 keping tangan lagi-Rajah 30


Rajah 31
26) gambar bahagian tangan 1 lagi...-Rajah 31


Rajah 32
27) standart ukuran kekek = 4 inci X 4 inci.


28) ambil bahagian (KAIN 1 ) iaitu kain hadapan + belakang tadi ukur keseluruhan lebar kain.

FORMULA : ukuran punggong kain contoh X 2 + 20 inci untuk Ropol ( 1 ropol = 5 inci) 1 1/2 inci 20 1/2 inci X 2 + 20 inci + 1 1/2 inci
= 62 1/2 inci.

oleh kerana lebar kain hadapan hanya 45 inci sahaja, buat ukuran untuk ukuran punggong X 2 + 1 1/2 inci = 42 1/2 inci
dari lebar sebenar kain 45 inci - 42 1/2 inci = baki 2 1/2 inci
baki 2 1/2 inci tersebut adalah di gunakan utk ropol.

29) ambil bahagian kain yang telah di potong 1 lagi (KAIN 2)
ni adalah untuk ropol kain.
FORMULA: 1 ropol = 5 inci X 4 Ropol = 20 inci
20 inci + 1 1/2 inci(basi)
basi 2 inci adalah untuk zip ( 1 inci, dan 1/2 inci utk basi jahitan sambungan dengan KAIN 1 tadi.





30) ambil bahagian kain yang telah di potong 1 lagi (KAIN 2)
ni adalah untuk ropol kain.
FORMULA: 1 ropol = 5 inci X 4 Ropol = 20 inci
20 inci + 1 1/2 inci(basi)
basi 2 inci adalah untuk zip ( 1 inci, dan 1/2 inci utk basi jahitan sambungan dengan KAIN 1 tadi.

= 21 1/2 - 2 1/2 (ropol yang dapat pada kain 1 tadi) = 19 inci
= tandakan 19 inci, tarik benang dan potong lebihan kain.

ini sahaja tutorial memotong kain...
bagi yang tidak biasa dan baru nak belajar ,...memang pening2 sikit untuk permulaan,
baca dengan teliti dan cuba pahamkan...
insyaallah taklah susah sangat...
semoga anda boleh mengikuti Teknik memotong kain nie...
Selamat Mencuba...
sebarang pertanyaan boleh email saya nooraz2503@yahoo.com
insyallah saya akan cuba membantu...

6 Response to "TEKNIK MUDAH MEMOTONG KAIN"

Anonymous said...

terima kasih cz bg teknik nie..amat berguna pada sy

Aziela said...

sama-sama....selamat berjaya...
terima kasih kerana sudi visit blog saye...:)

sibersensasi said...

tutorial yg bagus..

Unknown said...

salam
nak teknik untuk memotong kain bagi baju kurung riau ader x...
saya suka blog awak....
memberi manfaat kpd sy yg nak blaja menjahit nie ^_^

Suzina said...

tolong bagi potongan baju kurung moden dan blouse...tq

Mas Sugeng said...

__-____-REKOMENDASI__

1. Website [dot] com GRATIS
2. Penyakit Paling Berbahaya dan Obatnya
3. Mobil Tercanggih Bisa Terbang Harga 310 triliun
4. Cara Agar Dapat Pajak Motor & Mobil Gratis

Thanks ..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

SweetBajuKurung Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities